
Penunggang Ducati Alice Casey Stoner telah membuktikan kemenangan milik beliau di litar Losail Qatar.Bagaimanapun Juara Dunia tahun 2008 Valentino Rossi penunggang Fiat Yamaha menduduki podium di tempat kedua.Bagi Rossi dia berpuas hati dengan percapaiannya di litar Losail ini.Lorenzo pula berpuas hati dengan percapaian di tangga ke tiga di belakang satu pasukannya Rossi.Pada permulaan perlumbaan Stoner telah mendapat holeshot selaku pendahului,di belakang stoner adalah penunggang dari pasukan Suzuki Loris Caporossi,walau bagaimanapun Loris hanya dapat bertahan sehingga Lap yang ke 6 apabila beliau terlibat dengan kemalangan di satu selekoh.Rossi pula berada dalam kelompok kedua di belakang Lorenzo dan memintas Lorenzo dan Loris di lap yang ke 5.

Pada masa itu Gap masa Rossi dengan Stoner di lap pertama adalah 2.922 saat.Seterusnya Rossi mencuba mengejar Stoner untuk merapatkan Gap cuma Rossi berjaya di lap ke 8 apabila masa gap tinggal 1.988saat di belakang stoner.Rossi terus mengejar Stoner tetapi lap seterusnya Rossi terus ketinggalan.Kemungkinan Rossi tidak dapat mengejar Stoner disebabkan kelajuan Ducati mendapat pencapaian sehingga 335 km sejam di laluan lurus,faktor tayar juga menjadi punca Rossi kerana pada awal perlumbaan beliau telah memerah jenteranya untuk mengejar stoner dan faktor jalan yang sedikit lembab kerana berlumba di waktu malam.Bagi Rossi dia berasa bangga dengan pecapaiannya,cuma selepas ini dia akan berusaha untuk mencari kemenangan di tempat pertama di litar seterusnya dan dia akan bekerja keras lagi untuk menjadi Juara Dunia MotoGp 2009 tahun ini.Stoner pula juga akan pastikan dia akan menjadi Juara Moto Gp tahun ini.Dua pelumba hebat Rossi dan Stoner akan menjadi pesaing yang di geruni dan akan menjadi idola pada setiap peminat MotoGp.