Tuesday, April 27, 2010

Wayne Rooney dapat anugerah Pemain Terbaik Eropah.

Penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney memenangi anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Profesional (PFA) Liga Perdana England (EPL)Penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney memenangi anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Profesional (PFA) Liga Perdana England (EPL).
Buat masa sekarang ini , Rooney sedang menjalalani rawatan akibat cedera pada pangkal paha.Bagaimanapun Ronney mungkin akan terlepas dalam banyak perlawanan bagi merebut Piala EPL .
Dia(Rooney)perlu berehat sehingga cergas bagi membantu pasukan Egland dalam perlawanan
Bola sepak Dunia di South Afrika tak lama lagi.Gue harap Rooney akan sembuh dengan segera dan kembali beraksi dalam arena sukan bola sepak.

Monday, April 26, 2010

Rakyat Hulu Selangor terima PM konsep 1 Malaysia

Hidup PM Malaysia!!!!
Keputusan Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada BN dan sekaligus Barisan Nasional telah merampas kembali kerusi dari PKR.Calon BN P.kamalanathan telah memperolehi 24,997 undi untuk menewaskan Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat yang mendapat 23,272 undi dengan majoriti sebanyak 1,725 undi.

Gue ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Perdana Menteri kita kerana Beliau sanggup datang walaupun baru balik dari luar negara untuk memerah tenaga berkempen demi masa depan Rakyat Malysia dengan mengunakan konsep 1Malaysia.Kemenangan Bn di Hulu Selangor disebabkan PM yang begitu mesra kepada rakyat dan mengambil berat tentang rakyat Malaysia.Nampaknya rakyat boleh menerima Konsep 1 Malaysia yang telah di amanatkan oleh PM .

Nampaknya Tuah akan menyebelahi Bn selagi rakyat menyokong Konsep 1 Malaysia yang di bawa oleh Perdana Menteri kita.Gue akan menyokong sepenuhnya Perdana Menteri Malaysia walaupun ada pihak tetentu cuba memutar belitkan fakta dan Konsep 1 Malaysia.

Tuesday, April 20, 2010

Tomyam lapan plug...


Kesungguhan,kerajinan dan ketabahan pemilik gerai tomyam di kalompang membawa tuah apabila gerai tom yamnya laris hampir setiap malam...gua panggil Tomyam lapan Plug dsebabkan pemilik gerai Tomyam itu sewaktu dulu pernah memiliki kereta Alpha Romea Giulia sport lapan Plug.Kereta alpa Giulia adalah kereta Sport yang menpunyai kuasa kuda yang tinggi dan suspension body yang stabil..Dengan kestabilan dan kelajuan kereta Giulia tu pernah beberapa kali berentap dengan kereta sport yang lain di jalan lama dalam perjalanan dari kalompang ke Kuala Kangsar.Kuala Kangsar adalah tempat kelahiran pemilik gerai Tom yam tu tetapi telah menetap lama di Kalompang dan berjaya membuka Tomyam di sana.


Berkat Pilihan Raya Kecil P094 Hulu Selangor memberi rezeki kepada pemilik tom yam itu...Rasanya sejak datang ke Hulu selangor dah 3kali datang makan disitu...Disebabkan kesedapan Tomyam Kalompang gue syorkan kawan-kawan makan di situ juga...


kecewa....nya

Semalam kawan gua mengajak tiga kawannya lagi makan disitu.Mereka kata Tomyam tu sedap sangat...yang tak puas hatinya mereka kata ketam letak 2kerat saiz xl udang galah 5 ekor saiz m dan sotong.Menurut gue makan di situ tokey Tomyam akan meletakkan 3kerat ketam dan 7 ekor udang dan sotong...Mungkin disebabkan kehabisan atau sengaja pemilik kurangkan?Biasanya setiap Pilihan Raya Kecil akan berlaku macam ni...yang pertama harga makanan akan naik mendadak,makanan yang dulunya byk dengan segala bahan ramuanya dikurangkan untuk menjimatkan kos.Gue pun cakap kat member biasala bro musim Pilihan Raya ni...


Tapi apa yang penting bagi gue...setting dan kesedapan masih khaw piau liau...Dia punya Tomyam setting tak lari beb...Kalau yang belum cuba bolehla cuba.....jangan kita cr pasai nanti menyesal...oleh itu carilah Tomyam Kalompang lapan plug depan stesyen minyak Shell breder ni mesti tak nyesal...

Wednesday, April 14, 2010

Palanivel calon P094

15 haribulan April 2010 adalah tarikh yang amat dinantikan oleh semua ahli-ahli parti BN terutama MIC.Dalam masa yang terdekat ini bila2 masa PM akan mengumumkan calon yang dipilihnya.Yang nampak calon yang berjaya menambat hati PM adalah calon dari MIC yakni G Palanivel.

Adakah Umno akan berpaling tadah untuk membantu jentera Bn dalam PRK P094 ni?

Mengapa PM meletakkan calon ini?

Mari sama2 kita saksikan...dan lihat keikhlasan orang di bawah kepimpinan PM.

Saturday, April 10, 2010

The Best Tomyam in Hulu Selangor.


Suasana malam di Kuala Kubu Bharu nampaknya dah semakin rancak. Banyak kereta ke hulu ke hilir entah ke mana pergi di jalan raya. Dari tol Duta keluar persimpangan Tanjung Malim hanya mengambil masa 1 jam perjalanan untuk sampai ke kuala Kubu Bharu. Dari persimpangan Tanjung Malim singgah sebentar untuk makan malam di Kalompang. Di situ terdapat satu kedai Tomyam Seafood(Ketam bunga saiz xxx,udang galah saiz M dan sotong yang terbaik pernah saya makan. Betul-betul depan stesyen Shell. Tokey kedai yang begitu ramah membuatkan saya akan kembali makan di situ. Selesai makan datang lelaki pemilik kedai Tomyam dengan selambanya duduk di sebelah saya sambil hisap rokok Suria.

Permulaan yang baik Tokey telah menceritakan tentang kedainya. Pernah beberapa kali kedainya di kacau oleh konco2 MPHS dan pernah di saman disebabkan membina pagar konkrit di tepi longkang depan kedainya. Dia buat pagar tu disebabkan pernah sekali seorang budak lelaki jatuh kedalam longkang tersebut. Sepatutnya MDHS berterima kasih pada Tokey tersebut kerana buat pagar tersebut tetapi mahu menyamannya lagi malah ingin meruntuhkan pagar tersebut. Dah tak dak duit ke kerajaan Selangor ni.?Bai..longkang tu sedalam 5 kaki sepatutnya majlis hulu selangor tutup atas longkang tersebut bagi mengelak kejadian yang tak di ingini berlaku. Ini tak, keje nak saman ja. Yang bestnye tokey Tomyam tegas orangnya,takut gak konco2 ni nak buang pagar kedai tokey tomyam tu. Mdhs jangan la macam tu, kalau boleh kita bawa berbincang...bincang2lah dulu. Tiada perkara yang tak boleh selesai la beb.

Citer tokey tu tentang MDHS membuatkan saya terfikir perihal puak-puak kerajaan pembangkang ni.. Depa wat kerja takder prosedur, tak ikut peraturan, takdak pertimbangan & tidak bertolak ansur. Depa dok jerit nak tolong rakyat, Kerajaan Rakyat..tapi dok henjut rakyat marhein jer... Puak-puak EXCO dok balas projek siang malam satu negeri. Dari negeri maju dah jadi negeri zalim...

Thursday, October 22, 2009

1 Malaysia bersama menuju kejayaan dan membentuk perpaduan









Radio Hot FM ...






Merdeka ke 52 Tahun...





Celcom X-PAC...






Visual 1 Malaysia...








JPM...










Logo 1 Malaysia Perisikan...










Helmet 1 Malaysia...










Logo Belia Malaysia...







Kereta formula 1 malaysia...










Cawan 1 Malaysia...










Logo CRB 1 Malaysia...









Hantaran Kahwin 1 Malaysia...







Logo Jabatan Penerangan...









Logo Amanah Saham...










Logo Belia Malaysia...







Logo kedai makan 1 Malaysia...

Wednesday, August 19, 2009

Betul ke masuk Syurga kalau sokong Pas?

Inilah pintu ke Syurga...Sokonglah Parti Pas....Kamu semua akan ke syurga

Apa dah jadi tok guru ni?...kenapa ni tok guru?.

Tunjukkan lah teladan pada generasi kami ini.

Jangan memutar belitkan pemikiran generasi kami.

Tolongla jelaskan pada kami????

Tuesday, August 18, 2009

Macam ini ka YB punya perangai Malu la...


Biaq dia rasa... tapi tengok berlakon je lebih.
Tengok pada rupa langsung tak nampak macam YB.Entahla macam mana rakyat boleh memilih dia menjadi wakil rakyat ahli parlimen.hahaha.Dia ni kira boleh di kategori macam mat rempit poyo baru nak belajar merempit...Kononnya terus nak jadi otai mat-mat rempit kat Permatang Pauh ni.Jadi perangai macam ni la yang dia nak tunjuk untuk di bawa dan untuk di contohi oleh mat rempit tetapi mat-mat rempit masih lagi ada tanda hormat pada undang-undang negara.Masih lagi hormat pada Polis walaupun menjadi buruan setiap masa.Sedarla diri tu sikit kamu tu YB ini duk kena gelak dengan Mat-mat rempit.Pi buat kerja untuk rakyat hang.Baru kena gelak dengan Mat rempit, rakyat hang apatah lagi...Walaupun saya tak ke permatang pauh tapi saya mengikuti dari jauh tentang keadaan di sana.Sekarang ini jika kita tengok banyak betul masalah keperibadian ahli2 PKR dan pakatan rakyat.Contoh macam ni ka kita semua nak ikuti.Lu fikirla sendiri.Baru-baru ni semasa hari pernamaan calon Dewan Undangan Negeri N41(DUN) Permatang Pasir, Ahli Parlimen Padang Serai dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan ditahan polis kerana cuba mencetuskan kekecohan di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, di sini, pagi semalam.Dia telah ingkar dengan arahan pihak berkuasa dan telah bertindak seperti harimau jadian dan telah mengamuk setelah membuat kecoh.Alahai YB....mat rempit yang ganas pun tak nak tunjuk perangai macam ni.Entah la dengan siapa dia nak tunjuk..mesti la kat kaum2 dia.hahaha.Ini anak melayu Sikit pun aku tak takut pada orang-orang yang bukan melayu.walaupun tengok sekarang orang bukan melayu menganas masing2 nak menunjukan kekuatan masing2 tapi jangan sampai kemarahan pejuang2 orang melayu bersatu mengamuk pula.Paham2 la cek..

Thursday, July 16, 2009

Rempitan:Menang tipis isyarat besar buat Tok Guru

Kemenangan tipis PAS di Manek Urai menyebabkan ramai orang berpendapat bahawa Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz perlu bermuhasabah diri sendiri. Beliau perlu melupakan seketika penat meratah kata sepanjang berkempen dan merenung bintang di langit, apakah kepimpinannya masih lagi berkesan?Kalau benar sayangkan PAS beliau perlu melakukan perenungan tanpa ditemani oleh sesiapa. Beliau boleh sahaja berada di Pantai Cinta Berahi (sudah ditukarkan menjadi Pantai Cahaya Bulan) atau Pantai Bisikan Bayu ataupun Pantai Irama seorang diri. Renunglah keadaan langit ketika awan cerah tidak diselaputi mendung. Lihatlah bintang atau wajah bulan purnama pada bulan penuh keberkatan ini, iaitu bulan Rejab. Mungkin di sana Tok Guru akan mendapat jawapan. Fikirkanlah masak-masak, dengan sejujurnya tanpa prejudis menyalahkan orang lain. Salahkahlah diri sendiri, hitungkan apakah dosa yang telah ditaburkan sepanjang kempen tersebut sehingga majoriti menurun ke tahap 65 undi. Pengaruh BN semakin meningkat manakala pengundi semakin ramai menolak janji-janji yang Tok Guru berikan.Janji Tok Guru bukan lagi penawar bagi penduduk Manek Urai yang banyak bergantung hidup kepada hasil getah, kelapa sawit atau pun hasil kebun. Mereka tidak mempunyai elauan dan kemudahan tempat tinggal yang dibayar oleh kerajaan sebagaimana Tok Guru dapat setiap bulan.Mereka tetap akan membanting tulang empat kerat selepas Tok Guru meninggalkan markas gempur kempen. Mereka akan mencari kembali pisau penoreh getah, sabit, kapak, cangkul dan sebagainya untuk meneruskan hidup agar dapur terus berasap, anak isteri tidak kehabisan beras. Mereka tidak mahu genuk tinggal kosong hanya sekadar ingin masuk syurga seperti yang Tok Guru janjikan.Mereka sudah sedar, 20 tahun lalu Tok Guru tetap bercakap benda yang sama. Rentak agama Tok Guru tidak berubah, kerana perjuangan Tok Guru ialah untuk menegakkan prinsip Islam dalam semua aspek kehidupan dan lantang mengkritik, hanyalah kepimpinan Tok Guru yang mampu melaksanakannya. Itulah mungkin outcomes kepada pembangunan insan yang Tok Guru dambakan selaras dengan perjuangan "membangun bersama Islam"---agaknyalah.Orang lain hanya sekadar menumpang tuah ataupun tidak sungguh-sungguh? Di bumi Allah SWT ini hanyalah Tok Guru mampu laksanakan manakala orang lain hanya mementingkan kebendaan, membolot kekayaan dan tidak ikhlas.Semakin lama Tok Guru bercakap, semakin terserlah kesilapan-kesilapan yang akhirnya menyebabkan keyakinan orang muda terhakis. 20 tahun dahulu, mereka ini mungkin masih berada di sekolah rendah, tetapi hari ini sudah boleh mengundi. Mereka boleh membentangkan dengan jelas kronologi sepanjang Tok Guru mengepalai pentadbiran Kelantan, apa yang telah dilakukan untuk membaiki nasib dan kehidupan mereka?.Jawabnya mungkin juga "tidak tahu".Tok Guru masih mengibaratkan diri sebagai sangkakala berbisa. Golongan muda yang dulunya bukan pengundi, dan sekarang sedang meniti kehidupan dewasa amat kecewa sebuah jambatan yang membolehkan mereka berulang-alik atau menyeberang dengan selesa pun tak mampu dibangunkan. Hanya tetap menggunakan jambatan usang yang semakin hilang keupayaan menanggung beban barangan dan orang yang lalu-lalang. Apa yang berubah di Manek Urai? Sekolah? Jalan? ... pengurusan pertanian secara komresial adalah inisiatif kerajaan pusat melalui KESEDAR, agensi pembangunan wilayah di Kelantan Selatan. Jika tanpa KESEDAR atau RISDA, mungkin penduduk Manek Urai lebih jauh tertinggal berbanding dengan kampung-kampung lain di Malaysia, hatta nak dibandingkan dengan Pulau Melaka sendiri pun tentu tak boleh. Masyarakat sudah muak dengan jawapan Tok Guru apabila menghadapi konflik atau masalah, sering menjawab tidak tahu. Jenaka jawapan Tok Guru "tidak tahu" bukan kali pertama rakyat dengar. Sewaktu ada usaha merayu Tun Dr. Mahathir dahulu pun banyak juga jawapan "tak tahu" yang Tok Guru berikan apabila disoal.Jawapan "tidak tahu" semacam telah sebati dengan pemikiran Tok Guru sehingga sekumpulan pemuda nakal berseloroh, tak payah nak tanya Tok Guru, jawapannya memang standard "tidak tahu".Saya ketika itu menggunakan perkataan tak tahu yang Tok Guru maksudkan itu sebagai tajuk puisi nakal.Tidak mungkin Tok Guru "tak tahu", Timbalan Presiden Pas dirawat di hospital dan sebab itu tidak dapat bersama-sama berkempen. Tidak mungkin penasihat-penasihat Tok Guru tidak menyampaikan berita tersebut, atau sekadar buat "tak tahu." Mungkin juga kerana Tok Guru tidak ingin ambil tahu kerana Nasharudin telah banyak menyinggung perasaan halus? Kalau "buat tak tahu" besar maksudnya kepada keranjang politik Tok Guru. Tok Guru pernah komen mungkin kerana Nasharudin "malu muka" bila diminta melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan wakil rakyat parlimen Bacok kerana ingin meneruskan hasrat merintis perbincangan "kerajaan perpaduan". Bila Wan Rahim memberikan keyakinan Nasharudin akan datang jengok pengundi Manek Urai, Tok Guru mungkin rimas dan terlalu "bera muka". Tok Guru rasa terpukul kerana tidak menampakkan keikhlasan terhadap kemunculan Nasharudin yang semakin diterima oleh penyokong-penyokong PAS termasuk Tuan Guru Haji Hadi sendiri.Antara Tok Guru dan Tuan Guru pun nampaknya semacam ada permainan silat yang sedang berlaku. Tok Guru tetap menganggap diri sebagai nakhoda, maka setiap orang mesti mendengar nasihat, termasuklah Presiden Pas sendiri.Dari situ sudah jelas, Tok Guru semacam tidak mengiktiraf pendapat orang lain.Bila UMNO menerima cadangan merintis rundingan membentuk kerajaan perpaduan, bulan Mac lalu Tok Guru memberikan reaksi menyokong dengan syarat beberapa jawatan strategik diberikan kepada PAS. Menjelang muktamar, kerana takutkan orang-orang kuat Tok Guru kalah, Tok Guru membuat pusingan pendapat 360 darjah, kalutlah jadinya. Tapi, orang-orang kuat Tok Guru kalah juga.Banyak orang melihat Tok Guru semacam tunduk dengan desakan PKR dan DAP. Tetapi, langkah silat Tok Guru membuka gelanggang seakan-akan sumbang walaupun Tuan Guru terpaksa melupakan gagasannya sendiri. Tuan Guru membuat perhitungan, "ramai orang tidak faham apa itu unity" semasa memberikan pengakuan bersama menolak rundingan kerajaan perpaduan.Orang yang bodoh dan tidak waras sahaja yang tidak faham mengenai perpaduan. Selepas itu, Tok Guru membuat cadangan untuk mengajak Perdana Menteri berdebat mengenai landasan perjuangan politik UMNO dan Pas. Kalau Tok Guru boleh menolak keras cadangan "merundingkan kerajaan perpaduan" maka adalah tidak pula menjadi dosa kepada Perdana Menteri untuk menolak permintaan Tok Guru.Kalau Tok Guru dapat merenung dengan tepat cahaya bulan purnama, tentu Tok Guru boleh mencari jawapan. Dengan berdebat tidak akan dapat menyelesaikan masalah, kerana mengundang banyak gelagat tidak mahu mengakui kekurangan diri. Yang paling jelas ialah untuk cuba menegakkan pendapat sendiri, walaupun natijahnya kurang sempurna dan hakikatnya terlalu tumpul.Perbincangan adalah kaedah yang paling baik dan harmoni. Ia dilakukan secara tertutup dan tidak disambut oleh penyokong melalui pembuakan emosi. Boleh berfikir dengan tenang dan membangkitkan proses sumbang saran serta garis persetujuan yang lebih jelas. Sebagai anak Kelantan di perantuan dan pernah membesar dalam kekeruhan politik serta sentimen gedeber, saya sering memperoleh ketenangan apabila mendongak ke langit memerhatikan kedudukan bintang, merenung cahaya bulan kerana di sana banyak memberikan petunjuk. Sekurang-kurangnya kepada saya yang pernah menjadi nelayan, petanda bintang di langit banyak membantu bahawa menuju ke arah itu kita akan sampai ke muara, atau berpandukan kedudukan bulan memberikan khabar, bahawa malam hari bakal berakhir dan harus pulang ke pengkalan. Cadangan saya itu bukan bermakna untuk mengajar Tok Guru yang banyak memahami petak pemikiran Deobandi (Tok Guru pernah menuntut di sana), menyelami dengan jelas kehendak Maududi mengenai upaya pemerintahan berdasarkan prinsip khalifah, menghadam masak idealisme Syed Qutb yang berteraskan konsep perjuangan jihad dan penghapusan jahiliyah moden. Saya hanya sekadar berpendapat agar Tok Guru memperoleh ketenangan dan boleh menilai secara ikhlas sebelum melakukan pembedahan besar kemerosotan undi PAS di Manek Urai. Apakah itu sebagai tanda bahawa Tok Guru sudah mendapat isyarat besar dan perlu membuat satu keputusan terbaik nanti? Mungkin sudah ada jawapannya, saya sentiasa sudi mendengarnya asalkan Tok Guru tidak akan menjawab "tidak tahu."
Petikan ini di ambil dari: Selamba-u.blogspot.com