Tuesday, April 27, 2010

Wayne Rooney dapat anugerah Pemain Terbaik Eropah.

Penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney memenangi anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Profesional (PFA) Liga Perdana England (EPL)Penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney memenangi anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Profesional (PFA) Liga Perdana England (EPL).
Buat masa sekarang ini , Rooney sedang menjalalani rawatan akibat cedera pada pangkal paha.Bagaimanapun Ronney mungkin akan terlepas dalam banyak perlawanan bagi merebut Piala EPL .
Dia(Rooney)perlu berehat sehingga cergas bagi membantu pasukan Egland dalam perlawanan
Bola sepak Dunia di South Afrika tak lama lagi.Gue harap Rooney akan sembuh dengan segera dan kembali beraksi dalam arena sukan bola sepak.

Monday, April 26, 2010

Rakyat Hulu Selangor terima PM konsep 1 Malaysia

Hidup PM Malaysia!!!!
Keputusan Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada BN dan sekaligus Barisan Nasional telah merampas kembali kerusi dari PKR.Calon BN P.kamalanathan telah memperolehi 24,997 undi untuk menewaskan Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat yang mendapat 23,272 undi dengan majoriti sebanyak 1,725 undi.

Gue ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Perdana Menteri kita kerana Beliau sanggup datang walaupun baru balik dari luar negara untuk memerah tenaga berkempen demi masa depan Rakyat Malysia dengan mengunakan konsep 1Malaysia.Kemenangan Bn di Hulu Selangor disebabkan PM yang begitu mesra kepada rakyat dan mengambil berat tentang rakyat Malaysia.Nampaknya rakyat boleh menerima Konsep 1 Malaysia yang telah di amanatkan oleh PM .

Nampaknya Tuah akan menyebelahi Bn selagi rakyat menyokong Konsep 1 Malaysia yang di bawa oleh Perdana Menteri kita.Gue akan menyokong sepenuhnya Perdana Menteri Malaysia walaupun ada pihak tetentu cuba memutar belitkan fakta dan Konsep 1 Malaysia.

Tuesday, April 20, 2010

Tomyam lapan plug...


Kesungguhan,kerajinan dan ketabahan pemilik gerai tomyam di kalompang membawa tuah apabila gerai tom yamnya laris hampir setiap malam...gua panggil Tomyam lapan Plug dsebabkan pemilik gerai Tomyam itu sewaktu dulu pernah memiliki kereta Alpha Romea Giulia sport lapan Plug.Kereta alpa Giulia adalah kereta Sport yang menpunyai kuasa kuda yang tinggi dan suspension body yang stabil..Dengan kestabilan dan kelajuan kereta Giulia tu pernah beberapa kali berentap dengan kereta sport yang lain di jalan lama dalam perjalanan dari kalompang ke Kuala Kangsar.Kuala Kangsar adalah tempat kelahiran pemilik gerai Tom yam tu tetapi telah menetap lama di Kalompang dan berjaya membuka Tomyam di sana.


Berkat Pilihan Raya Kecil P094 Hulu Selangor memberi rezeki kepada pemilik tom yam itu...Rasanya sejak datang ke Hulu selangor dah 3kali datang makan disitu...Disebabkan kesedapan Tomyam Kalompang gue syorkan kawan-kawan makan di situ juga...


kecewa....nya

Semalam kawan gua mengajak tiga kawannya lagi makan disitu.Mereka kata Tomyam tu sedap sangat...yang tak puas hatinya mereka kata ketam letak 2kerat saiz xl udang galah 5 ekor saiz m dan sotong.Menurut gue makan di situ tokey Tomyam akan meletakkan 3kerat ketam dan 7 ekor udang dan sotong...Mungkin disebabkan kehabisan atau sengaja pemilik kurangkan?Biasanya setiap Pilihan Raya Kecil akan berlaku macam ni...yang pertama harga makanan akan naik mendadak,makanan yang dulunya byk dengan segala bahan ramuanya dikurangkan untuk menjimatkan kos.Gue pun cakap kat member biasala bro musim Pilihan Raya ni...


Tapi apa yang penting bagi gue...setting dan kesedapan masih khaw piau liau...Dia punya Tomyam setting tak lari beb...Kalau yang belum cuba bolehla cuba.....jangan kita cr pasai nanti menyesal...oleh itu carilah Tomyam Kalompang lapan plug depan stesyen minyak Shell breder ni mesti tak nyesal...

Wednesday, April 14, 2010

Palanivel calon P094

15 haribulan April 2010 adalah tarikh yang amat dinantikan oleh semua ahli-ahli parti BN terutama MIC.Dalam masa yang terdekat ini bila2 masa PM akan mengumumkan calon yang dipilihnya.Yang nampak calon yang berjaya menambat hati PM adalah calon dari MIC yakni G Palanivel.

Adakah Umno akan berpaling tadah untuk membantu jentera Bn dalam PRK P094 ni?

Mengapa PM meletakkan calon ini?

Mari sama2 kita saksikan...dan lihat keikhlasan orang di bawah kepimpinan PM.

Saturday, April 10, 2010

The Best Tomyam in Hulu Selangor.


Suasana malam di Kuala Kubu Bharu nampaknya dah semakin rancak. Banyak kereta ke hulu ke hilir entah ke mana pergi di jalan raya. Dari tol Duta keluar persimpangan Tanjung Malim hanya mengambil masa 1 jam perjalanan untuk sampai ke kuala Kubu Bharu. Dari persimpangan Tanjung Malim singgah sebentar untuk makan malam di Kalompang. Di situ terdapat satu kedai Tomyam Seafood(Ketam bunga saiz xxx,udang galah saiz M dan sotong yang terbaik pernah saya makan. Betul-betul depan stesyen Shell. Tokey kedai yang begitu ramah membuatkan saya akan kembali makan di situ. Selesai makan datang lelaki pemilik kedai Tomyam dengan selambanya duduk di sebelah saya sambil hisap rokok Suria.

Permulaan yang baik Tokey telah menceritakan tentang kedainya. Pernah beberapa kali kedainya di kacau oleh konco2 MPHS dan pernah di saman disebabkan membina pagar konkrit di tepi longkang depan kedainya. Dia buat pagar tu disebabkan pernah sekali seorang budak lelaki jatuh kedalam longkang tersebut. Sepatutnya MDHS berterima kasih pada Tokey tersebut kerana buat pagar tersebut tetapi mahu menyamannya lagi malah ingin meruntuhkan pagar tersebut. Dah tak dak duit ke kerajaan Selangor ni.?Bai..longkang tu sedalam 5 kaki sepatutnya majlis hulu selangor tutup atas longkang tersebut bagi mengelak kejadian yang tak di ingini berlaku. Ini tak, keje nak saman ja. Yang bestnye tokey Tomyam tegas orangnya,takut gak konco2 ni nak buang pagar kedai tokey tomyam tu. Mdhs jangan la macam tu, kalau boleh kita bawa berbincang...bincang2lah dulu. Tiada perkara yang tak boleh selesai la beb.

Citer tokey tu tentang MDHS membuatkan saya terfikir perihal puak-puak kerajaan pembangkang ni.. Depa wat kerja takder prosedur, tak ikut peraturan, takdak pertimbangan & tidak bertolak ansur. Depa dok jerit nak tolong rakyat, Kerajaan Rakyat..tapi dok henjut rakyat marhein jer... Puak-puak EXCO dok balas projek siang malam satu negeri. Dari negeri maju dah jadi negeri zalim...