Thursday, July 16, 2009

Rempitan:Menang tipis isyarat besar buat Tok Guru

Kemenangan tipis PAS di Manek Urai menyebabkan ramai orang berpendapat bahawa Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz perlu bermuhasabah diri sendiri. Beliau perlu melupakan seketika penat meratah kata sepanjang berkempen dan merenung bintang di langit, apakah kepimpinannya masih lagi berkesan?Kalau benar sayangkan PAS beliau perlu melakukan perenungan tanpa ditemani oleh sesiapa. Beliau boleh sahaja berada di Pantai Cinta Berahi (sudah ditukarkan menjadi Pantai Cahaya Bulan) atau Pantai Bisikan Bayu ataupun Pantai Irama seorang diri. Renunglah keadaan langit ketika awan cerah tidak diselaputi mendung. Lihatlah bintang atau wajah bulan purnama pada bulan penuh keberkatan ini, iaitu bulan Rejab. Mungkin di sana Tok Guru akan mendapat jawapan. Fikirkanlah masak-masak, dengan sejujurnya tanpa prejudis menyalahkan orang lain. Salahkahlah diri sendiri, hitungkan apakah dosa yang telah ditaburkan sepanjang kempen tersebut sehingga majoriti menurun ke tahap 65 undi. Pengaruh BN semakin meningkat manakala pengundi semakin ramai menolak janji-janji yang Tok Guru berikan.Janji Tok Guru bukan lagi penawar bagi penduduk Manek Urai yang banyak bergantung hidup kepada hasil getah, kelapa sawit atau pun hasil kebun. Mereka tidak mempunyai elauan dan kemudahan tempat tinggal yang dibayar oleh kerajaan sebagaimana Tok Guru dapat setiap bulan.Mereka tetap akan membanting tulang empat kerat selepas Tok Guru meninggalkan markas gempur kempen. Mereka akan mencari kembali pisau penoreh getah, sabit, kapak, cangkul dan sebagainya untuk meneruskan hidup agar dapur terus berasap, anak isteri tidak kehabisan beras. Mereka tidak mahu genuk tinggal kosong hanya sekadar ingin masuk syurga seperti yang Tok Guru janjikan.Mereka sudah sedar, 20 tahun lalu Tok Guru tetap bercakap benda yang sama. Rentak agama Tok Guru tidak berubah, kerana perjuangan Tok Guru ialah untuk menegakkan prinsip Islam dalam semua aspek kehidupan dan lantang mengkritik, hanyalah kepimpinan Tok Guru yang mampu melaksanakannya. Itulah mungkin outcomes kepada pembangunan insan yang Tok Guru dambakan selaras dengan perjuangan "membangun bersama Islam"---agaknyalah.Orang lain hanya sekadar menumpang tuah ataupun tidak sungguh-sungguh? Di bumi Allah SWT ini hanyalah Tok Guru mampu laksanakan manakala orang lain hanya mementingkan kebendaan, membolot kekayaan dan tidak ikhlas.Semakin lama Tok Guru bercakap, semakin terserlah kesilapan-kesilapan yang akhirnya menyebabkan keyakinan orang muda terhakis. 20 tahun dahulu, mereka ini mungkin masih berada di sekolah rendah, tetapi hari ini sudah boleh mengundi. Mereka boleh membentangkan dengan jelas kronologi sepanjang Tok Guru mengepalai pentadbiran Kelantan, apa yang telah dilakukan untuk membaiki nasib dan kehidupan mereka?.Jawabnya mungkin juga "tidak tahu".Tok Guru masih mengibaratkan diri sebagai sangkakala berbisa. Golongan muda yang dulunya bukan pengundi, dan sekarang sedang meniti kehidupan dewasa amat kecewa sebuah jambatan yang membolehkan mereka berulang-alik atau menyeberang dengan selesa pun tak mampu dibangunkan. Hanya tetap menggunakan jambatan usang yang semakin hilang keupayaan menanggung beban barangan dan orang yang lalu-lalang. Apa yang berubah di Manek Urai? Sekolah? Jalan? ... pengurusan pertanian secara komresial adalah inisiatif kerajaan pusat melalui KESEDAR, agensi pembangunan wilayah di Kelantan Selatan. Jika tanpa KESEDAR atau RISDA, mungkin penduduk Manek Urai lebih jauh tertinggal berbanding dengan kampung-kampung lain di Malaysia, hatta nak dibandingkan dengan Pulau Melaka sendiri pun tentu tak boleh. Masyarakat sudah muak dengan jawapan Tok Guru apabila menghadapi konflik atau masalah, sering menjawab tidak tahu. Jenaka jawapan Tok Guru "tidak tahu" bukan kali pertama rakyat dengar. Sewaktu ada usaha merayu Tun Dr. Mahathir dahulu pun banyak juga jawapan "tak tahu" yang Tok Guru berikan apabila disoal.Jawapan "tidak tahu" semacam telah sebati dengan pemikiran Tok Guru sehingga sekumpulan pemuda nakal berseloroh, tak payah nak tanya Tok Guru, jawapannya memang standard "tidak tahu".Saya ketika itu menggunakan perkataan tak tahu yang Tok Guru maksudkan itu sebagai tajuk puisi nakal.Tidak mungkin Tok Guru "tak tahu", Timbalan Presiden Pas dirawat di hospital dan sebab itu tidak dapat bersama-sama berkempen. Tidak mungkin penasihat-penasihat Tok Guru tidak menyampaikan berita tersebut, atau sekadar buat "tak tahu." Mungkin juga kerana Tok Guru tidak ingin ambil tahu kerana Nasharudin telah banyak menyinggung perasaan halus? Kalau "buat tak tahu" besar maksudnya kepada keranjang politik Tok Guru. Tok Guru pernah komen mungkin kerana Nasharudin "malu muka" bila diminta melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan wakil rakyat parlimen Bacok kerana ingin meneruskan hasrat merintis perbincangan "kerajaan perpaduan". Bila Wan Rahim memberikan keyakinan Nasharudin akan datang jengok pengundi Manek Urai, Tok Guru mungkin rimas dan terlalu "bera muka". Tok Guru rasa terpukul kerana tidak menampakkan keikhlasan terhadap kemunculan Nasharudin yang semakin diterima oleh penyokong-penyokong PAS termasuk Tuan Guru Haji Hadi sendiri.Antara Tok Guru dan Tuan Guru pun nampaknya semacam ada permainan silat yang sedang berlaku. Tok Guru tetap menganggap diri sebagai nakhoda, maka setiap orang mesti mendengar nasihat, termasuklah Presiden Pas sendiri.Dari situ sudah jelas, Tok Guru semacam tidak mengiktiraf pendapat orang lain.Bila UMNO menerima cadangan merintis rundingan membentuk kerajaan perpaduan, bulan Mac lalu Tok Guru memberikan reaksi menyokong dengan syarat beberapa jawatan strategik diberikan kepada PAS. Menjelang muktamar, kerana takutkan orang-orang kuat Tok Guru kalah, Tok Guru membuat pusingan pendapat 360 darjah, kalutlah jadinya. Tapi, orang-orang kuat Tok Guru kalah juga.Banyak orang melihat Tok Guru semacam tunduk dengan desakan PKR dan DAP. Tetapi, langkah silat Tok Guru membuka gelanggang seakan-akan sumbang walaupun Tuan Guru terpaksa melupakan gagasannya sendiri. Tuan Guru membuat perhitungan, "ramai orang tidak faham apa itu unity" semasa memberikan pengakuan bersama menolak rundingan kerajaan perpaduan.Orang yang bodoh dan tidak waras sahaja yang tidak faham mengenai perpaduan. Selepas itu, Tok Guru membuat cadangan untuk mengajak Perdana Menteri berdebat mengenai landasan perjuangan politik UMNO dan Pas. Kalau Tok Guru boleh menolak keras cadangan "merundingkan kerajaan perpaduan" maka adalah tidak pula menjadi dosa kepada Perdana Menteri untuk menolak permintaan Tok Guru.Kalau Tok Guru dapat merenung dengan tepat cahaya bulan purnama, tentu Tok Guru boleh mencari jawapan. Dengan berdebat tidak akan dapat menyelesaikan masalah, kerana mengundang banyak gelagat tidak mahu mengakui kekurangan diri. Yang paling jelas ialah untuk cuba menegakkan pendapat sendiri, walaupun natijahnya kurang sempurna dan hakikatnya terlalu tumpul.Perbincangan adalah kaedah yang paling baik dan harmoni. Ia dilakukan secara tertutup dan tidak disambut oleh penyokong melalui pembuakan emosi. Boleh berfikir dengan tenang dan membangkitkan proses sumbang saran serta garis persetujuan yang lebih jelas. Sebagai anak Kelantan di perantuan dan pernah membesar dalam kekeruhan politik serta sentimen gedeber, saya sering memperoleh ketenangan apabila mendongak ke langit memerhatikan kedudukan bintang, merenung cahaya bulan kerana di sana banyak memberikan petunjuk. Sekurang-kurangnya kepada saya yang pernah menjadi nelayan, petanda bintang di langit banyak membantu bahawa menuju ke arah itu kita akan sampai ke muara, atau berpandukan kedudukan bulan memberikan khabar, bahawa malam hari bakal berakhir dan harus pulang ke pengkalan. Cadangan saya itu bukan bermakna untuk mengajar Tok Guru yang banyak memahami petak pemikiran Deobandi (Tok Guru pernah menuntut di sana), menyelami dengan jelas kehendak Maududi mengenai upaya pemerintahan berdasarkan prinsip khalifah, menghadam masak idealisme Syed Qutb yang berteraskan konsep perjuangan jihad dan penghapusan jahiliyah moden. Saya hanya sekadar berpendapat agar Tok Guru memperoleh ketenangan dan boleh menilai secara ikhlas sebelum melakukan pembedahan besar kemerosotan undi PAS di Manek Urai. Apakah itu sebagai tanda bahawa Tok Guru sudah mendapat isyarat besar dan perlu membuat satu keputusan terbaik nanti? Mungkin sudah ada jawapannya, saya sentiasa sudi mendengarnya asalkan Tok Guru tidak akan menjawab "tidak tahu."
Petikan ini di ambil dari: Selamba-u.blogspot.com

Sunday, July 12, 2009

Rempitan...Fazli mencatat masa terpantas di sepang

Setelah 4 pusingan telah berlalu Juara Expert Fazli Sham telah berjaya mencatat ujian masa terpantas semalam dengan catatan 1 minit 20.642 saat.pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas di Litar Sepang Selatan.Dia mahu menebus kekalahan sewaktu di Melaka apabila dia hampir berjaya menaiki podium tetapi nasib tidak menyebelahi beliau kerana terbabas pada satu selekoh dan hanya sekadar menduduki tempat ke 6 perlumbaan.

Perlumbaan final hari ini juga bakal menentukan sama ada Fazli boleh melakar sejarah tersendiri menang empat perlumbaan Expert di Sepang selepas melakukannya berturut-turut sejak 2006.Gue yakin Fazli manpu membuktikan pada perlumbaan hari ini.Dia akan menebus kesilapan sewaktu kecewa berlumba di Melaka dan akan menang di litar Sepang.Gue paham anak jati Kampung Pinang ini bukan mudah berputus asa,semangat yang beliau ada masih berkobar-kobar dan akan menebus kekecewaan perlumbaan sebelum ini.Insyallah.

Saturday, July 11, 2009

Rempitan..Retaknya hubungan yang di angggap sahabat sejati




Gue tidaklah rasa kecewa sangat tetapi gue masih tidak faham mengapa boleh jadi begini.....Sahabat gue yang di anggap sahabat sejati tidak mahu bertegur sapa.Entahla gue pun tak pasti apakah kesalahan yang telah gue lakukan?Dalam situasi begini gue kena banyak bersabar.Dalam riak wajahnya gue dapat lihat ada sesuatu yang tak menyenangkan dia.Gue rempit dari Kuala Krai ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai sikapnya tetap sama dan secara tak langsung , menyebabkan hubungan persahabatan ini menjadi renggang.Gue bukan terlalu emosi tentang hal begini,walaupun kami selalu bertengkar kami akan berbaik semula.Gue hendak balik kepada sedia kala dan dapat melawak dan gelak ketawa kembali.Dalam keadaan begini gue nampak dia berada dalam keadaan yang tertekan.Mungkin tekanan itu datangnya dari gue ataupun teman wanita ataupun dari pegawai atasan ataupun dari majikan .Persoalannya apa kena mengena dengan persahabatan yang di anggap sejati ini?Apa yang gue dapat rasakan sekarang, adalah sahabat mengaggap dirinya selalu di hina oleh teman sekerjanya.Orang yang di anggap menghinanya itu pula selalu ada bersama gue sewaktu berkerja.Dalam sesebuah bahagian ataupun syarikat selalunya orang di sekiling akan melihat kita apabila seorang yang rapat dan selalu bersama orang yang lagi berjawatan tinggi mulalah membuat sesuatu adaian.Dari situ bermulalah analisis yang boleh mendatangkan keburukan.Kita kenalah bersyukur kepada Allah S.w.T kerana telah diberikan rezeki mendapat pekerjaan yang sempurana.Tidak kirala jawatan itu adalah tetap ataupun kontrak janji gaji yang diperolehi itu adalah HALAL.Dalam bab kerja kita menpunyai pengarah dan pegawai atasan dan kita perlu lakukakan segala arahan yang di arahkan dari semasa ke semasa .Jadi tak perlulah kita pertikaikan tentang masalah orang atasan kita.Apa yang penting jalankan kerja hakiki dan buangkan sikap yang suka memburukan orang.Dalam bidang kerja Gue pula,gue terpaksa sentiasa bersama Big Bos dan kemana Big bos pergi di situlah gue ada.Rasaya sahabat gue masih tidak memahami kerja gue dan menganggap gue sisihkan persahabatan ini.Mungkin ini semua dugaan dari Allah S.W.T untuk melihat sejauh mana dan hebatnya sahabat sejati ini.Ada hikmahnya di sebalik kejadian ini,tidak ada sepatah pun percakapan BIg Bos dan pegawai atasan yang selama ini asyik menyebut pegawai bawahan tidak buat kerja .Biarlah hal ini begini belarutan sehingga tamat PRK di manek urai.Bila semuanya telah kembali ke Kuala Lumpur harap-haraplah akan kembali kepada sediakala ataupun keadaan begini akan berlarutan dan akan menerima satu gelombang yang dasyat dan akan menjadi stunami meretakkan satu persahabatan yang dianggap sahabat sejati.

Thursday, July 9, 2009

Rempitan...Bangkit semula




Anak antos kampong pinang perlu bangkit semula di Litar Sepang setelah tumpas perlumbaan sebelum ini.



Ahmad Fazli Sham anak jati Kampung Pinang Kamunting Perak perlu bangkit dengan segera untuk menutup jurang kelebihan mata milik perncabar lain.Dia akan turun berlumba pada pusingan kelima yang akan di adakan di Litar Sepang dalam kejuaaran Cub Prix Malaysia Petronas AAM hujung minggu ini.Gue memang berharap member gue dapat menebus kesilapan ketika di pusingan ke empat yang di adakan di Litar Melaka, beliau hanya sekadar menduduki tempat ke enam apabila hampir menenangi perlumbaan tersebut.Beliau telah melakukan kesilapan ketika mengambil selekoh apabila telah terbabas.

Fazli, mengungguli kategori expert sejak dua tahun lalu, kini ketinggalan 34 mata di tangga keenam daripada pendahulu, Mohd Iskandar Raduan dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Raceline yang sudah menghimpun 65 mata.Perlumbaan yang akan di adakan di Sepang ini adalah Litar kegemaran Fazli dan Gue rasa Fazli berjaya mampu kembali bangkit untuk memenangi perlumbaan ke-16 dalam kerjayanya ini.Anak jati Kampung Pinang ini tidak akan mengaku kalah sehinggalah peluang sudah tertutup untuknya tetapi Fazli belum sedia mengalah lagi.Mari kita sama-sama melihat aksi member gue di Litar sepang yang aka di adakan pada 12 Julai ini.Jangan ketinggalan menyaksikannya

Monday, July 6, 2009

Rempitan...Keunikan dan keindahan berada di Manek Urai Lama

Hari ini rasa pula nak ke Kampung Manek Urai Lama...Jadi gue merempit terus ke sana untuk melihat suasana di kampung itu.Sewaktu dalam perjalanan ke sana gue terasa gue duduk di dalam satu perkampungan yang unik.Terdapat banyak aktiviti dari agensi-agensi kerajaan menganjurkan program untuk rakyat tercinta.Ramai kanak-kanak gembira dengan kehadiran Jabatan-Jabatan dari kementerian yang mengajurkan beberapa aktiviti dan program yang sihat kepada penduduk kampung Manek Urai Lama.Contoh aktiviti yang gue sempat tengok adalah pertandingan dat,boling untuk kanak-kanak,kuiz dan bermacam-macam lagi yang di jalankan.Gue pun tumpang berasa gembira dengan apa jua program bagi menyeronokan penduduk di kampung Manek Uarai Lama.Program dan aktiviti begini harus di teruskan dan jangan pula apabila pilihanraya tiba baru hendak buat.
merakamkan gambar stesyen kereta api untuk dijadikan kenangan.Setelah selesai gue membuat tinjauan di sekitar Kampung Manek Urai Lama,gue melihat kedua-dua ahli parti sibuk dengan tugasan masing-masing dengan tidak menganggu aktiviti seharian penduduk tetap di sana.Gue berasa sangat seronok sekali berada di sana.Satu hari nanti kalaulah ada rezeki gue nak buat rumah di Kampung Manek Urai Lama

















































Di sana juga terdapat keunikan yang menarik pandangan, apabila gue terlihat sebuah hentian stesyen keretapi yang sangat unik.Jadi gue mengambil kesempatan merakamkan gambar stesyen kereta api untuk dijadikan kenangan.Setelah selesai gue membuat tinjauan di sekitar Kampung Manek Urai Lama,gue melihat kedua-dua ahli parti sibuk dengan tugasan masing-masing dengan tidak menganggu aktiviti seharian penduduk tetap di sana.Gue berasa sangat seronok sekali berada di sana.Satu hari nanti kalaulah ada rezeki gue nak buat rumah di Kampung Manek Urai Lama.

Sunday, July 5, 2009

Friday, July 3, 2009

Rempitan...akibatnya islam melarang umatnya makan babi

ALOR SETAR 1 Julai DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati betul dengan pentadbiran Pas di negeri kerana disebabkan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.Bagaimanapun mereka menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu iaitu Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su.Mereka berasa kesal sangat dengan kerajaan Kedah kerana tidak berlaku adil dan menyebabkan orang yang makan babi di kedah susah untuk mendapat Stok dan menjejaskan perniagaan penjual babi di Kedah.Sebelum ini “Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Pas untuk semua, namun kerajaan negeri yang di tadbir oleh pas gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik.Bagi orang islam Allah melarang umatnya memakan babi kerana disebabkan BABI haram di makan dan tidak baik untuk tubuh badan kita.

Bagi orang islam binatang babi patut hidup dalam hutan jer.. Apa kejadahnyer nak bela, bak niaga hinggakan nyusahkan orang lain.. Kita negara maju..bela BABI utk makan ker bisnes ker patut dibuat di negara-negara sedang membangun.... Kalau kemaruk tahap cipan sekalipun nak makan BABI... import jer BABI dah siap proses dari negara luar... Amacam... ada bran rempitannn..



Lazatnya kedarah BABI nie..... akibatnya HAH..AMBIK KAU.........