Tuesday, November 25, 2008

Peta Litar kampungku


Inilah litar di taiping tempat kelahiran gue.Walaupun gue kalah di tempat sendiri tapi gue bangga kerana kawan2 seperjuangan gue menang ditempat sendiri.

Monday, November 24, 2008

Lee Balad anak antos Kg Pinang BOLEH!!




BENARKAH musim 2008 ini bakal sekali lagi menjadi milik pasukan Shell Advance Maju Motor? Mampukah Ahmad Fazli Sham, anak emas bagi Yong Ying Hoe mengulangi kehebatan M.Meganathan bergelar Raja Kapchai sebanyak dua kali dari 1999 dan 2000 bakal menjadi kenyataan? Bagaimanapun berdasarkan prestasi semasa selepas berakhirnya empat pusingan lepas (kali terakhir di Kota Bharu 7 dan 8 Jun lepas), pasukan Shell Advance Maju Motor mempunyai karektor dalam mengejar impian tersebut. Dengan empat kemenangan (tiga menjadi milik Fazli), pasukan Shell Advance Maju Motor dilihat sekali lagi mampu mendominasikan kategori Expert buat kali kedua berturut-turut. Bermula di Taiping dan berakhir di Kota Bharu, kesemuanya menjadi milik pelumba pasukan Shell Advance Maju Motor. Paling ceria ialah Fazli, Raja Kapchai yang baru ditabalkan musim lepas apabila mengenggam tiga dari empat gelaran pusingan awal musim ini. Barisan pelumba pasukan Shell Advance Maju Motor bermula cemerlang di perlumbaan awal musim dengan Litar Kamunting, Taiping, sekaligus menjadi petanda awal buat perjuangan mereka. Ahmad Fazrul Sham menafikan ramalan awal komuniti Cub Prix bahawa pelumba senior sepertinya bakal berdepan masalah untuk menguasai format baru 4-Lejang musim ini. Fazrul pantas merangkul gelaran pertama di Taiping dengan catatan 13:20.921saat kelebihan 0.047saat di depan Md Affendi Rosli dari pasukan Suzuki Harian Metro SCK. Md Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Ah Hong) turut menceriakan pasukan PETRONAS setelah meraih kedudukan pelumba ketiga terbaik pada saingan di Taiping ini. Memasuki saingan Pusingan Ke-2 di Litar Kluang, Johor pada 5 dan 6 April lepas, kemaraan Fazli dan Fazrul terlalu sukar untuk dikekang. Ujian masa dan kelayakan menyaksikan kemampuan dua pelumba bimbingan Ying Hoe begitu dominan. Kluang yang menghidangkan trek berteknikal menjadi milik Ahmad Fazli Sham sekaligus gelaran pertama bagi Raja Kapchai musim baru ini. Fazli menamatkan saingan 15 pusingan dengan catatan 12:08.485saat di depan pelumba PETRONAS Sprinta Ah Hong, Azlan Shah Kamaruzaman dan adiknya Fazrul untuk melakar kemenangan kedua musim 2008 ini. Sekali lagi pasukan Shell Advance Maju Motor membuktikan mereka adalah pasukan yang sukar untuk digugat. Gandingan tiga ‘F’ membuktikan bahawa persembahan mereka semakin ampuh tatkala meraikan kejayaan gemilang ketika aksi Pusingan Ke-3 berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 3 dan 4 Mei lepas. Fazli dan Fazrul juga membuktikan bahawa gandingan mereka cukup berbisa untuk musim 2008. Tambah manis kejayaan itu dikongsi bersama dengan pelumba ketiga mereka Md Faiz Nawawi sekaligus mencipta gempita buat pasukan merah ini apabila merakamkan kemenangan 1,2,3 buat pasukan bimbingan Ying Hoe. Fazli menamatkan saingan 13 pusingan dengan catatan 18:22.829saat diikuti adiknya, Fazrul dan Faiz untuk meletakkan Team Shell Advance Maju Motor Racing merai catatan gemilang di Litar Antarabangsa Sepang. Rentetan kejayaan Shell Advance Maju Motor tidak terhenti di tiga hentian awal sahaja. Kota Bharu yang menjadi medan Pusingan 4 pada 7 dan 8 Jun lepas sekali lagi mengangkat nama Fazli Sham dalam prestij tersendiri. Buat kali ketiga berturut-turut, Fazli sekali lagi berjaya memukau ribuan peminat dan menghampakan lawannya untuk terus menguasai saingan akhir kelas Expert musim ini. Kejayaan itu juga turut memahat nama Fazli Sham selaku pelumba pertama yang berjaya mencipta kemenangan hatrik sejak perlumbaan Cub Prix diperkenalkan pada tahun 1995. Kemenangan di Kota Bharu,mengukuhkan lagi cengkaman Fazli untuk mengejar gelaran Raja Expert buat kali kedua. Selepas berakhirnya kempen di Kota Bharu, Fazli mengumpul 82 mata sementara adiknya, Fazrul berkedudukan di tempat kedua dengan 61 mata manakala Azlan Shah Kamaruzaman (PETRONAS Sprinta Ah Hong) mengisi tempat ketiga dengan 44 mata. Apapun peluang masih terbuka buat pelumba-pelumba lain dan saingan di Gong Badak berhampiran Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu pada 4 dan 5 Julai depan jelas semakin panas. Seandainya Fazli terus mendominasikan saingan akhir, besar kemungkinan mahkota Raja Expert musim 2008 ini akan terus kekal di Shell Advance Maju Motor buat kali kedua.

Friday, November 21, 2008

Episod 4 Citer Lama Gue




Episod kali memang best pada diri gue,inilah pertama kali gue beranikan diri untuk masuk ke Malaysian cubprix petronas sprinta.Gue masuk ketogori Novis Wira Plate untuk tahun 2003.Jentera yang gue bawa adalah motor Yamaha Lagenda.Trex pertama pada tahun itu adalah di Seremban2 dan mencatat kemenangan hanya ditangga ke7.Trex yang kedua diadakan di Kangar Perlis.Disitu gue mencatat kemenagan ditempat ke5.Faktor yang menyebabkan gue x dapat naik podium disebabkan masalah teknikal seperti motor kurang laju,masalah modal yang tak mencukupi menampung kos motor,penginapan dan perjalanan.Semuanya ada masalah.Lainla kalau naik motor sponser x payah nak pikir benda2 ni semua.Tetapi aku x kisah semuanya tu sebab aku tak terikat pada mana2 sponser.Motor Persedirian akan rasa puas hati walaupun kalah.

Thursday, November 20, 2008

SUAMI DAN ISTERI

gambar untuk hiasan sahaja

Kisahnya bermula macam ni.Sepasang suami isteri yang hidupnya sentiasa kekeringan wang.Gaji suaminya hanya manpu setakat membayar hutang piutang yang ada.Pada suatu pagi hari suaminya bangun seperti biasa untuk ke tempat kerja.dia terkejut kerana sarapan pagi tidak disediakan seperti biasa.
Suami:Kenapa sarapan x ada lagi ni yang.Abg dah lapar ni macan mana nak g keje perut kosong.
Isteri :Makanan kita semuanya dah abis bang?Dah takde ape pon nak dimakan lagi bang.
Suami:Takpe la yang,nanti awak tryla g pinjam beras kat jiran sebelah ye,moga2 dia bagi kita pinjam dulu.
Dengan itu,si isteri tadi menghadiahkan ciuman di pipi suaminya dengan harapan suaminya mendapat tenaga untuk bekerja sementara menunggu makan tengahari ni.
Pada tengaharinya suaminya pon pulang dengan harapan untuk makan tengahari bersama isterinya.Alangkahnya terkejutnya makanan yang diharapkan xada diatas meje makan.Suaminya pon bertanya.
Suami:Yang mana makanan kita?Abg dah x tahan lagi ni?Dah lapar sangat ni dari pagi x menjamah makanan?
Isteri :Abg jiran sebelah x bagi pinjam berasla.macamnila bang abang pegila keje dulu,nanti ayang akan sediakan masakan malam untuk abang.
Suaminya berasa amat kecewa sekali kerana disangkakan dapatla dia makan tengahari ,tapi hancur ,selepas itu si isteri menghadiahkan lagi ciuman tapi ciuman dimulut.Semoga ciuman dimulut ini dapat lagi menambah kekuatan utk abang sampai balik makan malam nanti.Tibanya si suami dirumah dengan penuh semangat untuk menjamah masakan isterinya namun dia terkejut dgn tindakan isterinya.Dia tengok dimeja makan, takda pon makanan disediakan namun dia pelik melihat isterinya sedang naik tangga lepastu dia gelongsor dari atas ke bawah.Isterinya naik tangga lagi dan gelongsor ke bawah dan mengulanginya berulang kali.Sehinggalah si suami tegurkan isterinya itu.
suami:Awat hang ni,buang tabiat ka?Aku suruh ko masak bukan gelongsor macam budak2.Abg tahulah dulu kecik2 suka nanti papan lunsur,tapi abg suruh ayang masak.Mana dia?abag dah lapar sangat ni.Si isteri pon cakap
Isteri :Abang ni x nampak ka ayang tengah buat apa ni?Ayangkan sedang MEMANASKAN MASAKAN MALAM untuk abangLA ni.

Wednesday, November 19, 2008

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis akan mengenakan 'saman olok-olok' terhadap penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar mulai 16 hingga 31 Disember ini.
Saman tersebut merupakan sebahagian daripada latihan untuk mengingatkan dan mendidik penumpang-penumpang di tempat duduk belakang supaya memakai tali pinggang keledar kerana peraturan itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, latihan saman atau 'mock enforcement' itu menyerupai saman sebenar yang bakal dikenakan apabila tarikh penguatkuasaan peraturan itu bermula.
"Penumpang belakang yang menerima saman itu dalam tempoh berkenaan tidak perlu membayarnya kerana ia adalah latihan sahaja," katanya pada kempen keselamatan jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi di sini, semalam.
Kempen itu adalah anjuran UMW Toyota Motor's Traffic Heroes Club (THC), iaitu kelab dalam talian pertama di Malaysia, membabitkan penyertaan 45 pelajar sekolah rendah untuk mengedarkan pengikat kepala bertulis 'Pasang Tali Pinggang Keledar Anda'.
Bagaimanapun tegas beliau, mana-mana penumpang tempat duduk belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar mulai 1 Januari ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM200.
Suret menambah, peraturan baru itu bagaimanapun tidak dikuatkuasakan kepada kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995 dan kenderaan komersial termasuk teksi, kereta sewa, lori dan bas.
"Bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik diberi tempoh selama tiga tahun untuk memasangnya."Sehingga tempoh itu, kenderaan tersebut tidak akan disaman," tambahnya.

Tuesday, November 18, 2008

Episod 3 Citer Lama Gue


Assalamualaikum tuan2,puan2,cik adek2 dan abang2 ku sekalian.Alhamdulillah kita bertemu lagi,hari ini gue banyak sonang hatila.Tapi pagi-pagi gue punya incharge sudah hingaq.Dia duk rasa dia bagus sangat.Biasala manusia tak pernah puas ape yang dilakukan selagi tak dapat ape yang dia mahukan kat dunia ni.Episod lalu gue citer tentang gue duk layan lap kat kampung gajah,hari ni gua nak kongsi pengalaman gue traning di Litar lumba di Pasir Gudang Johor.Peh... pertama kali gue turun lap kat dalam Litar lumba,rase macam jokey motor GP plak..Mula2 gue layan corner gayat jugak tapi lama kelamaan jadi best giler.mane taknye bila kat trex kecil kita tak banyak gunakan fizikal dan mental cuma banyakkan teknikal,tetapi apabila berlumba diatas litar sebenar fizikal,fokus dan mental kita perlu memainkan peranan yang berat.Adakalanya gue jatuh sewaktu ridding disebabkan tidak fokus pada setiap lap.Jadi ingat bila tengah berlumba kenalah tumpu perhatian pada setiap selekoh,jangan plak dok ingat nak makan roti canai ka awek ka tak kira apa pon la sewaktu berlumba.Jadi kepuasan berlumba di trex biasa dengan di litar lumba sebenar sungguh berbeza.Di litar lumba sebenar rasa puas sekali apabila tengah turun corner.gue punya tayar layan sliding je.Pehh memang bestla,x caya korang tryla....Disitu korang bleh dapat rasa kelainan pada diri daripada trex yang perlukan teknikal yang banyak.(Trex kecil).Itulah pengalaman gue waktu di litar pasir gudang.Kenangan yang x dapat gue lupakan sampai bila2.

Friday, November 14, 2008

plastik

Bermulanya cerita ni...Pada suatu hari,ibu kepada Siti menanyakan soalan kepadanya untuk bakal calon menantu yang di idam2kan oleh ibu siti.Ibunya mengidamkan calon menantu yang menpunyai 3 ciri yang dia hendaki...

Ibu Siti: Aiii!!!Siti ibu tengok kamu ni makin lama makin berisi ja.Senang hati sangat ka?
Siti : Takda la ibu,biasa je siti hari2 happy good lucky.Awat ibu tanya mcmtu,ada yang tak kena ka ngan saya.Lain macam ja.
Ibu Siti:Amboi lain yang kita tanya lain yang dia jawab.Ni ha ibu nak tanya dah dapat ka calon yang ibu nak tu.
Siti :Calon apa plak ni ibu?
Ibu siti:Calon menantu la....Tapi ingat Siti!Calonnya mestilah ada 3 ciri yang ibu nak ni.
Siti :Apa plak ni Bu?Apa ciri yang ibu nak tu?
Ibu Siti:Yang pertama lelaki tu mestilah seorang yang penyayang,pencinta wanita dan saling sayang menyayang pada kamu.Kedua lelaki itu hendaklah seorang yang murah hati dan tak kedekut pada kamu dan yang ketiga pokoknya mestilah semuanya baik.ok.
Siti :Ala ibu ni,lelaki yang ibu cari tu Siti dah jumpala....lelaki yang siti kenal ni semuanya menpunyai ciri2 yang ibu nak tu.Dia telah buktikan pon pada Siti Bu.Dia memang seorang yang penyayang sebab hari2 dia peluk dan cium Siti.Dia pon seorang yang pemurah sebab selalu belanja saya makan dan sewakan hotel dan pokoknya ibu, plastik pon tak koyak lagi.
Kesudahan akhirnya lu pikiaqla tengok.