Tuesday, December 30, 2008

Lima pelumba terhandal untuk Expert 2008

Inilah 5 pelumba yang paling kosisten dalam kejuaraan petronas malaysian cubprix 2008.

Monday, December 29, 2008

Pahlawan Moden


Masa ni la ada panggilan telefon dari member aku , nak tanyakan jalan ke rumah bos aku di Ampang Hilir.Di belakang aku tu ialah Puan Nasriabi ketua pembantu tadbir di pejabat aku.Gambar ini diambil oleh penolong pegawai IT mengunakan h.set 6288.

HONDA POWER LA....


Pedrossa sedang melayan corner di Litar Antarabangsa Sepang pada hari Ahad 19 Oktober 2008, yang telah menyaksikan beliau menempatkan diri di atas podium di tempat kedua.

Thursday, December 11, 2008

Kemenangan milik Anak Antos Kg Pinang Taiping

NO 46 ADALAH NO.BERTUAH LEE BALAT

Sudah gue jangkakan pusingan yang terakhir berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang membuktikan Ahmad fazli Sham telah di sahkan selaku Raja Expert tahun 2008.

HIPUP BUDAK TAIPING!!!!

Thursday, December 4, 2008

Sukar bersama isteri menopaus

gambar untuk hiasan sahaja
Hubungan keintiman seksual tiada had umur kerana naluri, nafsu dan syahwat kekal sehingga ke liang lahad. Bagi wanita dan lelaki veteran yang masih ingin melakukan hubungan penetratif seksual, mereka perlu bersedia.Terdapat beberapa cabaran yang sebahagiannya ialah anggota sulit isteri yang kering, kesat, pembukaan faraj yang sempit dan mengecut manakala anggota sulit suami yang tidak dapat erek lama dan kurang kepadatannya.Anggota sulit wanita yang masih ada kemampuan mendapat zuriat dalam keadaan gebu, lembut dan mudah meluas. Ini kerana kesan dan pengaruh hormon kewanitaan estrogen kepada kulit dan otot lantai pelvis.Apabila wanita itu putus haid dalam masa lima tahun kulit menjadi kesat dan faraj menjadi sempit jika persetubuhan penetratif jarang atau tidak dilakukan.Cara untuk menjaga anggota itu supaya sentiasa lembut dan tidak sempit ialah menyapu losyen pelembap (Johnson atau Boots Baby Lotion, Skin Repair Cream daripada Roskens) atau perapi anggota sulit perempuan krim O'MUST, kepada bahagian luar iaitu di bibir besar dan kecil. Atau, menggunakan jeli (seperti jeli K-Y atau Top Gel) untuk melegakan pembukaan faraj supaya pembukaan faraj tidak sempit.Kadangkala wanita boleh gunakan batang plastik yang dikenali sebagai alat pelega atau ‘dilator’ untuk melegakan pembukaan faraj supaya sentiasa dalam keadaan bersedia supaya mudah untuk suami menyalurkan ereksinya ke dalam tanpa wanita veteran itu terasa sakit.Ini satu pendekatan untuk mengelakkan faraj daripada menjadi tidak berguna. Lelaki yang mengalami lemah tenaga batin iaitu gagal untuk mencapai ereksi yang sesuai untuk melakukan hubungan penetratif boleh jumpa doktor untuk rawatan moden. Jangan membazirkan duit berjumpa tukang urut, sia-sia saja.Rawatan moden saperti ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Cialis atau levitra dapat membantu meningkatkan kemasukan darah ke dalam otot zakar dan memantap dan memadatkan ereksi supaya mudah untuk menyalurkan ereksi kedalam faraj.Jangan makan ubat kuat yang dijual di pasaran kerana kebanyakannya ada campuran ubat beracun dan boleh memudaratkan kesihatan. Jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Wednesday, December 3, 2008

Budak kangar Perlis


Meletakkan harapan yang terlalu tinggi boleh menjadi satu kekecewaan yang amat besar jika ia gagal untuk dilaksanakan. Md Emir Firdaus Hasan telah melalui keperitan tersebut apabila dia gagal untuk merealisasikan hasratnya untuk mencul juara di kampung halamannya sendiri dalam saingan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS Sprinta yang dilangsungkan di Kangar, Perlis. Pelumba berusia 19 tahun itu kini ditinggalkan jauh oleh pencabar terdekatnya, Abd Muhaimin Roslan apabila Muhaimin yang berusia 17 tahun berjaya memungut 20 mata manakala Emir hanya berjaya memperolehi 8 mata. Dengan saingan penutup tirai yang akan dilangsungkan di Litar Sepang Utara hujung minggu ini, Muhaimin akan hadir berlumba dengan penuh keyakinan setelah berjaya mengumpul 172 mata setakat ini, 15 mata membezakannya dengan Emir ditangga kedua dengan157mata. Emir yang berlumba untuk pasukan Motul KMC YY Pang harus menanggung risiko tersebut kerana kesilapannya di Kangar apabila terbabas di selekoh 1 dalam pusingan ketiga ketika mendahului perlumbaan. "Ia merupakan kecuaian saya sendiri dan saya tidak boleh menyalahkan orang lain dalam situasi sekrang ini. Ketika berlumba, saya tidak mampu mengawal emosi dan akhirnya ia membawa padah. Saya amat kecewa tetapi sudah terlambat untuk menangisi kekecewaan ini," ujar juara Wira epg musim 2007 dengan penuh kekesalan. "Saya dapat mengagak peluang untuk menjuarai saingan Novis musim ini makin sukar. Saya berani mengatakan yang saya hanya memiliki 30% peluang untuk membawa pulang mahkota Kejuaraan. Dengan jurang 15 mata, saya perlu muncul juara di Sepang sambil mengharapkan Muhaimin menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnnya di tempat ketujuh. Saya cuma mengharapkan tuah kerana Muhaimin sentiasa konsisten menaiki podium kecuali dalam perlumbaan Pusingan 6 di Kuching. Saya masih ingat di Kuching, Muhaimin mengekori rapat dibelakang saya dan ketika saya terbabas, dia gagal untuk mengelak dan turut terlibat dalam insiden tersebut. Saya masih mampu untuk meneruskan perlumbaan tetapi dia gagal menamatkan saingan itu." "Walau bagaimanapun, saya tidak akan berputus asa. Saya masih ada satu peluang lagi. Saya berjanji tidak akan lakukan lagi kesilapan yang sama dan akan berusaha untuk berlumba dengan cemerlang di Sepang. Jika segalanya telah diberikan dan saya masih gagal muncul juara, saya harus terima hakikat tersebut," tambah Emir lagi yang telah dua kali berjaya meragut bendera kemenangan tahun ini.

Tuesday, December 2, 2008

Pusingan Akhir Di Sepang





Penentuan diantara Abang dan adik yakni Ahmad Fazli Sham dan Ahmad Fazrul Sham hanya akan dipegang oleh budak dari Kamunting Taiping Perak.
Litar Antarabangsa Sepang sekali lagi menjadi tuan rumah untuk perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS Sprinta bagi musim 2008. Aturcara Perlumbaan

>Sabtu (6 Disember 2008)0945Taklimat PelumbaSemua Pelumba1020 - 1035Expert ALatihan Bebas 1045 - 1100Expert BLatihan Bebas 1110 – 1125WIRA epg ALatihan Bebas 1135 – 1150WIRA epg BLatihan Bebas 1200 – 1215Novis ALatihan Bebas 1225 – 1240Novis BLatihan Bebas 1250 – 1300Piala Yamaha GiViUjian Masa1310 – 1320Cabaran Honda Wave 125-SUjian Masa1320 – 1355LUNCH BREAK1400 – 1415WIRA epg AUjian Masa1425 – 1440WIRA epg BUjian Masa1450 - 1505Novis AUjian Masa1515 - 1530Novis BUjian Masa1540 - 1555Expert AUjian Masa1605 - 1620Expert BUjian Masa1635Piala Yamaha GiViSaringan - 8 pusingan1705Cabaran Honda Wave 125-SSaringan - 8 pusingan
>Ahad (7 Disember 2008)0930WIRA epg ASaringan - 8 pusingan1000WIRA epg BSaringan - 8 pusingan1030Novis ASaringan - 9 pusingan1100Novis BSaringan - 9 pusingan1130Expert ASaringan - 10 pusingan1200Expert BSaringan - 10 pusingan1230LUNCH BREAK1330Piala Yamaha GiViAKHIR - 8 pusingan1400Cabaran Honda Wave 125-SAKHIR - 8 pusingan1430WIRA epgAKHIR - 9 pusingan1515NovisAKHIR - 11 pusingan1600ExpertAKHIR - 13 pusingan