Thursday, December 4, 2008

Sukar bersama isteri menopaus

gambar untuk hiasan sahaja
Hubungan keintiman seksual tiada had umur kerana naluri, nafsu dan syahwat kekal sehingga ke liang lahad. Bagi wanita dan lelaki veteran yang masih ingin melakukan hubungan penetratif seksual, mereka perlu bersedia.Terdapat beberapa cabaran yang sebahagiannya ialah anggota sulit isteri yang kering, kesat, pembukaan faraj yang sempit dan mengecut manakala anggota sulit suami yang tidak dapat erek lama dan kurang kepadatannya.Anggota sulit wanita yang masih ada kemampuan mendapat zuriat dalam keadaan gebu, lembut dan mudah meluas. Ini kerana kesan dan pengaruh hormon kewanitaan estrogen kepada kulit dan otot lantai pelvis.Apabila wanita itu putus haid dalam masa lima tahun kulit menjadi kesat dan faraj menjadi sempit jika persetubuhan penetratif jarang atau tidak dilakukan.Cara untuk menjaga anggota itu supaya sentiasa lembut dan tidak sempit ialah menyapu losyen pelembap (Johnson atau Boots Baby Lotion, Skin Repair Cream daripada Roskens) atau perapi anggota sulit perempuan krim O'MUST, kepada bahagian luar iaitu di bibir besar dan kecil. Atau, menggunakan jeli (seperti jeli K-Y atau Top Gel) untuk melegakan pembukaan faraj supaya pembukaan faraj tidak sempit.Kadangkala wanita boleh gunakan batang plastik yang dikenali sebagai alat pelega atau ‘dilator’ untuk melegakan pembukaan faraj supaya sentiasa dalam keadaan bersedia supaya mudah untuk suami menyalurkan ereksinya ke dalam tanpa wanita veteran itu terasa sakit.Ini satu pendekatan untuk mengelakkan faraj daripada menjadi tidak berguna. Lelaki yang mengalami lemah tenaga batin iaitu gagal untuk mencapai ereksi yang sesuai untuk melakukan hubungan penetratif boleh jumpa doktor untuk rawatan moden. Jangan membazirkan duit berjumpa tukang urut, sia-sia saja.Rawatan moden saperti ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Cialis atau levitra dapat membantu meningkatkan kemasukan darah ke dalam otot zakar dan memantap dan memadatkan ereksi supaya mudah untuk menyalurkan ereksi kedalam faraj.Jangan makan ubat kuat yang dijual di pasaran kerana kebanyakannya ada campuran ubat beracun dan boleh memudaratkan kesihatan. Jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

2 comments:

Anonymous said...

awek ni kopek besar gak wei!

Anonymous said...

sumbat kote dalam mulut sedap tuuuu