Tuesday, June 30, 2009

REMPITAN...Tidak tahu hormat pada peminpin negara sendiri.


Sekarang ini adalah musim PRK di manek Urai Kelantan.Dalam kesibukan PRK masa inilah semua Ahli2 Parti sibuk mengatakan hasrat dan mafaat yang baik kepada rakyat Manek Urai.Bagi Parti pembangkang mereka hanya tahu untuk memburukan peminpin yang sedia ada, bukan untuk membincangkan tentang keamanan negara tercinta mereka hanya tahu membuat fitnah dan memburukan peminpin negara.Semakin hari semakin ramai orang melayu bertikam lidah dan mengatakan dia sahaja yang betul.Betul la kata Tun melayu mudah lupa.Sekarang ini isu tak puas hati pula yang timbul...Niz Ajiz mengajak Perdana Menteri Malaysia bermain snoker di satu gelanggang.Ahli2 penjudi tegar pula sedang menunggu masa kalaulah terjadi perlawanan ini mereka akan membuat pertaruhan yang besar.Agak-agak la.... Nik Ajiz seorang keturunan bangsawan yang dah tak berupaya ingin meminpin negara lagi.Tetapi semangat dari orang di belakang beliau iaitu DAP , menyebabkan dia berasa dah bagus sebab tu dia mengajak Perdana Menteri kita berdebat macam main snoker.Kalau main snoker dah tentu bola tak masuk lubang cuma dapat pegang kayu je.Bagi gue anak muda sekarang tidak mahu melihat orang melayu sesama bergaduh,mengata sana sini tentang keburukan orang dan yang penting kita anak melayu bersatu padu menentang orang2 yang ingin merampas tanah melayu.
Buat apa la nak berdebat,nak menyalahkan dan memburukan Peminpin Negara.Gue tahu dalam perdebatan itu Nik Ajiz dan rakan2 akan cari jalan untuk menjatuhkan nama baik dan aib peminpin kita.Dahla..kami orang muda tidak mahu bergaduh sesama sendiri tetapi ingin hidup aman sehingga ke anak cucu kami nanti.

Monday, June 29, 2009

REMPITAN....ini baru rempitan

Gambar kenangan member gue Budak Kamunting Perak sewaktu bergiat dalam perlumbaan Malaysian Cubprix ini.Walaupun PAK ITAM,TOIT,CAON DAN ADY PET tidak bergiat lagi dalam dunia ini namun Budak Kamunting Perak masih gah selagi Ahamd Fazli Dan Fazrul masih Konsisten dalam setiap perlumbaan Malaysia mahupun Asia.


Ini Pak Itam kampung pinang...Kenal dari kecil sehinggalah sekarang.Masa ini kami berlumba dalam kategori yang sama dalam pasukan persedirian iaitu pasukan CHICANOS RACING TEAM. KG PINANG.Belakang dia adalah Fazrul Sham rakan seperjuangan gue.Pak Itam terlibat dalam kemalangan tetapi dia telah berjaya mengugatkan pasukan yang di taja sewaktu ini.haha.Cayo lah Pak Tam.



Nama dia fadil budak kampung pinang...Gue panggil dia CEK KEBAL...sebab sewaktu kami bermain bola sepak dia redah je..kaki semua dia tarah bukannya dia main bola...hahaha..perlumbaan di Taiping dia terlibat dalam kemalangan..tapi yang penting dia selamat...kebal beb dia ni....



Ini CAON KAMPUNG PINANG..Dia member satu kampung gue..Bertubuh kecik,berat dalam 45 kg jer..naik bukit larut slamber je beb yang penting dia power beb. Pasukan KF motor racing Team jalan Ipoh.


Ini adalah Toit Bukit Jana member seperjuangan gue dalam Malaysian Cubprix Malaysia.Waktu ni perlumbaan di Sepang, Selangor.Pasukan CK racing Team Shah Alam,No motor 12.

Ini adalah ADY PETRONAS RUMAH AWAM waktu ini beliau telah berjaya menaiki podium di Kuatan Pahang.Tahniah Ady.

REMPITAN....INI BARU REMPITAN.





Name:
Ahmad Fazli Sham
Age:
26 (1982)
Year Started Racing:
2003
Team:
Shell Advance Maju
Race Classes:
Expert
Motorcycle:
Yamaha

Career Highlight
Year
Achievement
Class
2003
6th Overall
Malaysian Cub Prix Championship (Yamaha 125Z Challenge)
2003
12th Overall
Malaysian Cub Prix Championship (WIRA)
2004
CHAMPION
FIM Asia Road Racing Championship (Underbone 125cc)
2004
4th Overall
Malaysian Cub Prix Championship (Novice)
2005
8th Overall
Malaysian Cub Prix Championship (Expert)
2006
3rd Overall
Malaysian Cub Prix Championship (Expert)
2006
2nd Overall
Malaysian Cub Prix Championship (Yamaha LC135 Challenge)
2007
CHAMPION
Malaysian Cub Prix Championship (Expert)





Name:
Ahmad Fazrul Sham
Age:
23 (1985)
Year Started Racing:
2004
Team:
Shell Advance Harian Metro Maju
Race Classes:
Expert
Motorcycle:
Yamaha
Career Highlight
Year
Achievement
Class
2004
2nd Overall
Malaysian Cub Prix Championship (WIRA epg)
2005
2nd Overall
Malaysian Cub Prix Championship (WIRA epg)
2005
2nd Overall
Malaysian Cub Prix Championship (Novice)
2006
2nd Overall
Malaysian Cub Prix Championship (Expert)
2007
5th Overall
Malaysian Cub Prix Championship (Expert

Friday, June 19, 2009

REMPITAN:adik beradik anak jati kamunting perak

Nama adik beradik yang tak asing lagi di dalam dunia kejuaraan Malaysia Cub Prix Petronas sprinta iaitu Ahmad Fazli Sham dan Ahmad Fazrul Sham.
Kedua adik beradik ini selalu mempamerkan aksi yang menarik dan sangat konsisten di dsalam perlumbaan.Walau bagaimanapun dalam litar mereka adalah musuh kerana keduanya inginkan kemenangan podium.Akan tetapi keduanya akan bersaing secara sihat dan buktikan pada peminatnya dengan aksi yang sangat teruja.Gue sangat kagum dengan kedua beradik ini.Di kampung Ahmad Fazli seorang yang sangat rendah diri.Gue panggil dia Lee Balat adiknya pula pandai bercakap tetapi ape yang dikatakan betul juga.Lee Balat adalah member seperjuangan gue.Setiap malam perayaan kami akan berkumpul di kampung iaitu di rumah fazli untuk keluar berlatih memantapkan lagi tunggangan.Bukan Rempit suka-suka dan kami tak menganggap sebagai merempit tapi memafaatkan sebagai traning untuk kami bersiap sedia bila menjelang hari perlumbaan.Kami dikampung banyak bertukar2 pendapat tentang modifikasi motosikal.Begitulah kehidupan kami dulu sebelum perlumbaan yang akan di adakan di Taiping Perak.Hari ke hari mencari jalan bagaimana memantapkan kelajuan motosikal sama dengan kelajuan motosikal yang di taja.Akhirnya Fazli Sham telah buktikan pada budak2 kampung Pinang yang dia telah berjaya dalam perlumbaan di Taiping.Bayangkan bukan mudah kami nak mengalahkan motor yang di taja,dia terpaksa mengcengkam mata setiap malam,terjaga je dari tido ingat moto,adakalanya 3 hari beb tak mandi.Usaha yang di tunjukkan Fazli sangat tinggi,tuhan telah memberi rahmat kepada Fazli pada hari perlumbaan di Taiping.Tuhan telah memberi rezeki sehingga sekarang apabila dia dah menjadi pelumba kesayangan Yong Yee hoe pengurus besar pasukan shell Advan Racing.Dengan berkat dan sabar Fazli dia telah menjadi pelumba malaysia yang sangat terkenal.Banyak lagi beb cerita kami...tunggula ada masa lagi gue citer..ok calo..

Thursday, June 18, 2009

REMPITAN:kami hormat pandangan Hadi,Najib

Orang melayu Islam mesti bersatu..........


Cadangan Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang cadangan menwujudkan kerajaan perpaduan telah diterima baik secara terbuka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Maknanya Umno dan Pas akan bergabung dan mewujudkan kerajaan perpaduan.Ini adalah satu langkah baik dimana melayu yang sekarang ini berpecah kepada 3 parti menjadi pembetukan satu kerajaan.Parti melayu yang saya maksudkan ialah parti pas,umno dan keadilan rakyat.Memandangkan orang melayu sudah berpuak2 diantara satu sama lain Datuk Seri Abdul Hadi dan Timbalan Presidennya Nasarudin Mat Isa bercadang untuk menyatukan orang melayu kembali.Dengan ini orang melayu yang beragama islam dapat bersatu dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain.Mungkin selepas ini orang melayu takkan bergaduh sesama sendiri,bertikam lidah dan bersikap tikam belakang.Dengan ini, Orang melayu islam di Malaysia akan menjadi kuat dan tidak akan dapat di tindas oleh mana-mana kaum yang inginkan kekuasaan memerintah malaysia.
Namun orang melayu di negara kita, ada yang masih berdegil dan tidak mahu pas bergabung bersama umno.Mungkin orang itu takut kepentingannya terjejas dan sekaligus dia akan dilupakan.Orang melayu ini hanya mahu melihat orang asing memerintah negara, baru di katakan kerajaan perpaduan.Contohnya Pakatan Rakyat menpunyai 3 parti iaitu Pas,Pkr dan Dap.Dia mahu melihat ketiga2 parti ini menjadi Perdana Menteri dulu baru itu yang dikatakan Kerajaan Perpaduan.Saya sangat sukakan Mursyidul Am Pas,datuk Abdul Aziz Nik Mat,saya kagum dengan beliau yang begitu taat pada perintah Allah menegakkan agama Islam namun selepas insiden tuan guru Nik yang paling lantang membidas Cadangan itu ,saya berasa sangat kecewa.Beliau tidak mahu Pas menjadi boneka Umno.Masalahnya kita nak orang melayu islam bersatu kembali dan tidak mahu perpecahan yang teruk.Jangan libatkan Politik boleh tak..kalau tak sampai ke anak cucu aku pun tak selesai.Kerana takut kehilangan kepentingan sendiri mahupun dalam politik sangup gadaikan anak cucu sendiri.
Saya mengharap sangat Pas dan Umno akan menbentuk satu perbentukan kerajaan perpaduan dan dapat dijalankan dengan segera.Janganla cakap main2 je cuma untuk mendapat populariti tapi hampeh APE pun tak jalan.kami orang muda nak tengok orang2 melayu khususnya orang2 lama bersatu padu,hormat menghormati diantara satu sama lain.


Wednesday, June 17, 2009

REMPITAN:Rossi vs Lorenzo

Litar lumba Catalunya Spanyol mempamerkan 2 pelumba terhebat motogp 09 berentap habis
habisan apabila Rossi dan Lorenzo memintas diantara satu sama lain diakhir perlumbaan.Anda boleh saksikan video clips tayangan ulangan diantara lorenzo dan rossi di minit akhir pelumbaan.Rossi,Lorenzo dan stoner menpunyai mata penuh yang sama iaitu sebanyak 106 mata setelah berakhir 6 pusingan.Motogp menpunyai 17 jadual perlumbaan dan baki 11 perlumbaan lagi.Selepas ini kita akan menyaksikan perlumbaan yang akan diadakan di Belanda.Pastinya ketiga-tiga pelumba akan mempamerkan aksi yang sangat menarik.

Anda boleh saksikan video clips tayangan ulangan diantara lorenzo dan rossi di minit akhir pelumbaan.
Nampaknya kehebatan Rossi sukar di gugat oleh pelumba lain mahupun dari pasukannya yang memiliki kuasa motor yang sama.Jorge Lorenzo salah seorang rakan sepasukannya yang berasal dari Spanyol ingin membuktikan kehebatanya di depan penyokong di Catalunya spain untuk mendapatkan podium ditempat pertama tetapi di patahkan oleh Rossi dan berjaya ditempat kedua.Selepas ini Lorenzo akan menjadi pesaing yang hebat Rossi selepas Stoner dan Dovi.Dalam perlumbaan itu Stoner telah mendapat vote shot pertama dan di ikuti oleh Rossi dan Lorenzo.Pertarungan di antara Rossi dan lorenzo sungguh teruja dan terpegun sekali dengan persembahan yang begitu profesional dan mantap.