Thursday, June 18, 2009

REMPITAN:kami hormat pandangan Hadi,Najib

Orang melayu Islam mesti bersatu..........


Cadangan Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang cadangan menwujudkan kerajaan perpaduan telah diterima baik secara terbuka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Maknanya Umno dan Pas akan bergabung dan mewujudkan kerajaan perpaduan.Ini adalah satu langkah baik dimana melayu yang sekarang ini berpecah kepada 3 parti menjadi pembetukan satu kerajaan.Parti melayu yang saya maksudkan ialah parti pas,umno dan keadilan rakyat.Memandangkan orang melayu sudah berpuak2 diantara satu sama lain Datuk Seri Abdul Hadi dan Timbalan Presidennya Nasarudin Mat Isa bercadang untuk menyatukan orang melayu kembali.Dengan ini orang melayu yang beragama islam dapat bersatu dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain.Mungkin selepas ini orang melayu takkan bergaduh sesama sendiri,bertikam lidah dan bersikap tikam belakang.Dengan ini, Orang melayu islam di Malaysia akan menjadi kuat dan tidak akan dapat di tindas oleh mana-mana kaum yang inginkan kekuasaan memerintah malaysia.
Namun orang melayu di negara kita, ada yang masih berdegil dan tidak mahu pas bergabung bersama umno.Mungkin orang itu takut kepentingannya terjejas dan sekaligus dia akan dilupakan.Orang melayu ini hanya mahu melihat orang asing memerintah negara, baru di katakan kerajaan perpaduan.Contohnya Pakatan Rakyat menpunyai 3 parti iaitu Pas,Pkr dan Dap.Dia mahu melihat ketiga2 parti ini menjadi Perdana Menteri dulu baru itu yang dikatakan Kerajaan Perpaduan.Saya sangat sukakan Mursyidul Am Pas,datuk Abdul Aziz Nik Mat,saya kagum dengan beliau yang begitu taat pada perintah Allah menegakkan agama Islam namun selepas insiden tuan guru Nik yang paling lantang membidas Cadangan itu ,saya berasa sangat kecewa.Beliau tidak mahu Pas menjadi boneka Umno.Masalahnya kita nak orang melayu islam bersatu kembali dan tidak mahu perpecahan yang teruk.Jangan libatkan Politik boleh tak..kalau tak sampai ke anak cucu aku pun tak selesai.Kerana takut kehilangan kepentingan sendiri mahupun dalam politik sangup gadaikan anak cucu sendiri.
Saya mengharap sangat Pas dan Umno akan menbentuk satu perbentukan kerajaan perpaduan dan dapat dijalankan dengan segera.Janganla cakap main2 je cuma untuk mendapat populariti tapi hampeh APE pun tak jalan.kami orang muda nak tengok orang2 melayu khususnya orang2 lama bersatu padu,hormat menghormati diantara satu sama lain.


No comments: