Tuesday, December 30, 2008

Lima pelumba terhandal untuk Expert 2008

Inilah 5 pelumba yang paling kosisten dalam kejuaraan petronas malaysian cubprix 2008.

Monday, December 29, 2008

Pahlawan Moden


Masa ni la ada panggilan telefon dari member aku , nak tanyakan jalan ke rumah bos aku di Ampang Hilir.Di belakang aku tu ialah Puan Nasriabi ketua pembantu tadbir di pejabat aku.Gambar ini diambil oleh penolong pegawai IT mengunakan h.set 6288.

HONDA POWER LA....


Pedrossa sedang melayan corner di Litar Antarabangsa Sepang pada hari Ahad 19 Oktober 2008, yang telah menyaksikan beliau menempatkan diri di atas podium di tempat kedua.

Thursday, December 11, 2008

Kemenangan milik Anak Antos Kg Pinang Taiping

NO 46 ADALAH NO.BERTUAH LEE BALAT

Sudah gue jangkakan pusingan yang terakhir berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang membuktikan Ahmad fazli Sham telah di sahkan selaku Raja Expert tahun 2008.

HIPUP BUDAK TAIPING!!!!

Thursday, December 4, 2008

Sukar bersama isteri menopaus

gambar untuk hiasan sahaja
Hubungan keintiman seksual tiada had umur kerana naluri, nafsu dan syahwat kekal sehingga ke liang lahad. Bagi wanita dan lelaki veteran yang masih ingin melakukan hubungan penetratif seksual, mereka perlu bersedia.Terdapat beberapa cabaran yang sebahagiannya ialah anggota sulit isteri yang kering, kesat, pembukaan faraj yang sempit dan mengecut manakala anggota sulit suami yang tidak dapat erek lama dan kurang kepadatannya.Anggota sulit wanita yang masih ada kemampuan mendapat zuriat dalam keadaan gebu, lembut dan mudah meluas. Ini kerana kesan dan pengaruh hormon kewanitaan estrogen kepada kulit dan otot lantai pelvis.Apabila wanita itu putus haid dalam masa lima tahun kulit menjadi kesat dan faraj menjadi sempit jika persetubuhan penetratif jarang atau tidak dilakukan.Cara untuk menjaga anggota itu supaya sentiasa lembut dan tidak sempit ialah menyapu losyen pelembap (Johnson atau Boots Baby Lotion, Skin Repair Cream daripada Roskens) atau perapi anggota sulit perempuan krim O'MUST, kepada bahagian luar iaitu di bibir besar dan kecil. Atau, menggunakan jeli (seperti jeli K-Y atau Top Gel) untuk melegakan pembukaan faraj supaya pembukaan faraj tidak sempit.Kadangkala wanita boleh gunakan batang plastik yang dikenali sebagai alat pelega atau ‘dilator’ untuk melegakan pembukaan faraj supaya sentiasa dalam keadaan bersedia supaya mudah untuk suami menyalurkan ereksinya ke dalam tanpa wanita veteran itu terasa sakit.Ini satu pendekatan untuk mengelakkan faraj daripada menjadi tidak berguna. Lelaki yang mengalami lemah tenaga batin iaitu gagal untuk mencapai ereksi yang sesuai untuk melakukan hubungan penetratif boleh jumpa doktor untuk rawatan moden. Jangan membazirkan duit berjumpa tukang urut, sia-sia saja.Rawatan moden saperti ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Cialis atau levitra dapat membantu meningkatkan kemasukan darah ke dalam otot zakar dan memantap dan memadatkan ereksi supaya mudah untuk menyalurkan ereksi kedalam faraj.Jangan makan ubat kuat yang dijual di pasaran kerana kebanyakannya ada campuran ubat beracun dan boleh memudaratkan kesihatan. Jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Wednesday, December 3, 2008

Budak kangar Perlis


Meletakkan harapan yang terlalu tinggi boleh menjadi satu kekecewaan yang amat besar jika ia gagal untuk dilaksanakan. Md Emir Firdaus Hasan telah melalui keperitan tersebut apabila dia gagal untuk merealisasikan hasratnya untuk mencul juara di kampung halamannya sendiri dalam saingan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS Sprinta yang dilangsungkan di Kangar, Perlis. Pelumba berusia 19 tahun itu kini ditinggalkan jauh oleh pencabar terdekatnya, Abd Muhaimin Roslan apabila Muhaimin yang berusia 17 tahun berjaya memungut 20 mata manakala Emir hanya berjaya memperolehi 8 mata. Dengan saingan penutup tirai yang akan dilangsungkan di Litar Sepang Utara hujung minggu ini, Muhaimin akan hadir berlumba dengan penuh keyakinan setelah berjaya mengumpul 172 mata setakat ini, 15 mata membezakannya dengan Emir ditangga kedua dengan157mata. Emir yang berlumba untuk pasukan Motul KMC YY Pang harus menanggung risiko tersebut kerana kesilapannya di Kangar apabila terbabas di selekoh 1 dalam pusingan ketiga ketika mendahului perlumbaan. "Ia merupakan kecuaian saya sendiri dan saya tidak boleh menyalahkan orang lain dalam situasi sekrang ini. Ketika berlumba, saya tidak mampu mengawal emosi dan akhirnya ia membawa padah. Saya amat kecewa tetapi sudah terlambat untuk menangisi kekecewaan ini," ujar juara Wira epg musim 2007 dengan penuh kekesalan. "Saya dapat mengagak peluang untuk menjuarai saingan Novis musim ini makin sukar. Saya berani mengatakan yang saya hanya memiliki 30% peluang untuk membawa pulang mahkota Kejuaraan. Dengan jurang 15 mata, saya perlu muncul juara di Sepang sambil mengharapkan Muhaimin menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnnya di tempat ketujuh. Saya cuma mengharapkan tuah kerana Muhaimin sentiasa konsisten menaiki podium kecuali dalam perlumbaan Pusingan 6 di Kuching. Saya masih ingat di Kuching, Muhaimin mengekori rapat dibelakang saya dan ketika saya terbabas, dia gagal untuk mengelak dan turut terlibat dalam insiden tersebut. Saya masih mampu untuk meneruskan perlumbaan tetapi dia gagal menamatkan saingan itu." "Walau bagaimanapun, saya tidak akan berputus asa. Saya masih ada satu peluang lagi. Saya berjanji tidak akan lakukan lagi kesilapan yang sama dan akan berusaha untuk berlumba dengan cemerlang di Sepang. Jika segalanya telah diberikan dan saya masih gagal muncul juara, saya harus terima hakikat tersebut," tambah Emir lagi yang telah dua kali berjaya meragut bendera kemenangan tahun ini.

Tuesday, December 2, 2008

Pusingan Akhir Di Sepang





Penentuan diantara Abang dan adik yakni Ahmad Fazli Sham dan Ahmad Fazrul Sham hanya akan dipegang oleh budak dari Kamunting Taiping Perak.
Litar Antarabangsa Sepang sekali lagi menjadi tuan rumah untuk perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS Sprinta bagi musim 2008. Aturcara Perlumbaan

>Sabtu (6 Disember 2008)0945Taklimat PelumbaSemua Pelumba1020 - 1035Expert ALatihan Bebas 1045 - 1100Expert BLatihan Bebas 1110 – 1125WIRA epg ALatihan Bebas 1135 – 1150WIRA epg BLatihan Bebas 1200 – 1215Novis ALatihan Bebas 1225 – 1240Novis BLatihan Bebas 1250 – 1300Piala Yamaha GiViUjian Masa1310 – 1320Cabaran Honda Wave 125-SUjian Masa1320 – 1355LUNCH BREAK1400 – 1415WIRA epg AUjian Masa1425 – 1440WIRA epg BUjian Masa1450 - 1505Novis AUjian Masa1515 - 1530Novis BUjian Masa1540 - 1555Expert AUjian Masa1605 - 1620Expert BUjian Masa1635Piala Yamaha GiViSaringan - 8 pusingan1705Cabaran Honda Wave 125-SSaringan - 8 pusingan
>Ahad (7 Disember 2008)0930WIRA epg ASaringan - 8 pusingan1000WIRA epg BSaringan - 8 pusingan1030Novis ASaringan - 9 pusingan1100Novis BSaringan - 9 pusingan1130Expert ASaringan - 10 pusingan1200Expert BSaringan - 10 pusingan1230LUNCH BREAK1330Piala Yamaha GiViAKHIR - 8 pusingan1400Cabaran Honda Wave 125-SAKHIR - 8 pusingan1430WIRA epgAKHIR - 9 pusingan1515NovisAKHIR - 11 pusingan1600ExpertAKHIR - 13 pusingan

Tuesday, November 25, 2008

Peta Litar kampungku


Inilah litar di taiping tempat kelahiran gue.Walaupun gue kalah di tempat sendiri tapi gue bangga kerana kawan2 seperjuangan gue menang ditempat sendiri.

Monday, November 24, 2008

Lee Balad anak antos Kg Pinang BOLEH!!




BENARKAH musim 2008 ini bakal sekali lagi menjadi milik pasukan Shell Advance Maju Motor? Mampukah Ahmad Fazli Sham, anak emas bagi Yong Ying Hoe mengulangi kehebatan M.Meganathan bergelar Raja Kapchai sebanyak dua kali dari 1999 dan 2000 bakal menjadi kenyataan? Bagaimanapun berdasarkan prestasi semasa selepas berakhirnya empat pusingan lepas (kali terakhir di Kota Bharu 7 dan 8 Jun lepas), pasukan Shell Advance Maju Motor mempunyai karektor dalam mengejar impian tersebut. Dengan empat kemenangan (tiga menjadi milik Fazli), pasukan Shell Advance Maju Motor dilihat sekali lagi mampu mendominasikan kategori Expert buat kali kedua berturut-turut. Bermula di Taiping dan berakhir di Kota Bharu, kesemuanya menjadi milik pelumba pasukan Shell Advance Maju Motor. Paling ceria ialah Fazli, Raja Kapchai yang baru ditabalkan musim lepas apabila mengenggam tiga dari empat gelaran pusingan awal musim ini. Barisan pelumba pasukan Shell Advance Maju Motor bermula cemerlang di perlumbaan awal musim dengan Litar Kamunting, Taiping, sekaligus menjadi petanda awal buat perjuangan mereka. Ahmad Fazrul Sham menafikan ramalan awal komuniti Cub Prix bahawa pelumba senior sepertinya bakal berdepan masalah untuk menguasai format baru 4-Lejang musim ini. Fazrul pantas merangkul gelaran pertama di Taiping dengan catatan 13:20.921saat kelebihan 0.047saat di depan Md Affendi Rosli dari pasukan Suzuki Harian Metro SCK. Md Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Ah Hong) turut menceriakan pasukan PETRONAS setelah meraih kedudukan pelumba ketiga terbaik pada saingan di Taiping ini. Memasuki saingan Pusingan Ke-2 di Litar Kluang, Johor pada 5 dan 6 April lepas, kemaraan Fazli dan Fazrul terlalu sukar untuk dikekang. Ujian masa dan kelayakan menyaksikan kemampuan dua pelumba bimbingan Ying Hoe begitu dominan. Kluang yang menghidangkan trek berteknikal menjadi milik Ahmad Fazli Sham sekaligus gelaran pertama bagi Raja Kapchai musim baru ini. Fazli menamatkan saingan 15 pusingan dengan catatan 12:08.485saat di depan pelumba PETRONAS Sprinta Ah Hong, Azlan Shah Kamaruzaman dan adiknya Fazrul untuk melakar kemenangan kedua musim 2008 ini. Sekali lagi pasukan Shell Advance Maju Motor membuktikan mereka adalah pasukan yang sukar untuk digugat. Gandingan tiga ‘F’ membuktikan bahawa persembahan mereka semakin ampuh tatkala meraikan kejayaan gemilang ketika aksi Pusingan Ke-3 berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 3 dan 4 Mei lepas. Fazli dan Fazrul juga membuktikan bahawa gandingan mereka cukup berbisa untuk musim 2008. Tambah manis kejayaan itu dikongsi bersama dengan pelumba ketiga mereka Md Faiz Nawawi sekaligus mencipta gempita buat pasukan merah ini apabila merakamkan kemenangan 1,2,3 buat pasukan bimbingan Ying Hoe. Fazli menamatkan saingan 13 pusingan dengan catatan 18:22.829saat diikuti adiknya, Fazrul dan Faiz untuk meletakkan Team Shell Advance Maju Motor Racing merai catatan gemilang di Litar Antarabangsa Sepang. Rentetan kejayaan Shell Advance Maju Motor tidak terhenti di tiga hentian awal sahaja. Kota Bharu yang menjadi medan Pusingan 4 pada 7 dan 8 Jun lepas sekali lagi mengangkat nama Fazli Sham dalam prestij tersendiri. Buat kali ketiga berturut-turut, Fazli sekali lagi berjaya memukau ribuan peminat dan menghampakan lawannya untuk terus menguasai saingan akhir kelas Expert musim ini. Kejayaan itu juga turut memahat nama Fazli Sham selaku pelumba pertama yang berjaya mencipta kemenangan hatrik sejak perlumbaan Cub Prix diperkenalkan pada tahun 1995. Kemenangan di Kota Bharu,mengukuhkan lagi cengkaman Fazli untuk mengejar gelaran Raja Expert buat kali kedua. Selepas berakhirnya kempen di Kota Bharu, Fazli mengumpul 82 mata sementara adiknya, Fazrul berkedudukan di tempat kedua dengan 61 mata manakala Azlan Shah Kamaruzaman (PETRONAS Sprinta Ah Hong) mengisi tempat ketiga dengan 44 mata. Apapun peluang masih terbuka buat pelumba-pelumba lain dan saingan di Gong Badak berhampiran Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu pada 4 dan 5 Julai depan jelas semakin panas. Seandainya Fazli terus mendominasikan saingan akhir, besar kemungkinan mahkota Raja Expert musim 2008 ini akan terus kekal di Shell Advance Maju Motor buat kali kedua.

Friday, November 21, 2008

Episod 4 Citer Lama Gue




Episod kali memang best pada diri gue,inilah pertama kali gue beranikan diri untuk masuk ke Malaysian cubprix petronas sprinta.Gue masuk ketogori Novis Wira Plate untuk tahun 2003.Jentera yang gue bawa adalah motor Yamaha Lagenda.Trex pertama pada tahun itu adalah di Seremban2 dan mencatat kemenangan hanya ditangga ke7.Trex yang kedua diadakan di Kangar Perlis.Disitu gue mencatat kemenagan ditempat ke5.Faktor yang menyebabkan gue x dapat naik podium disebabkan masalah teknikal seperti motor kurang laju,masalah modal yang tak mencukupi menampung kos motor,penginapan dan perjalanan.Semuanya ada masalah.Lainla kalau naik motor sponser x payah nak pikir benda2 ni semua.Tetapi aku x kisah semuanya tu sebab aku tak terikat pada mana2 sponser.Motor Persedirian akan rasa puas hati walaupun kalah.

Thursday, November 20, 2008

SUAMI DAN ISTERI

gambar untuk hiasan sahaja

Kisahnya bermula macam ni.Sepasang suami isteri yang hidupnya sentiasa kekeringan wang.Gaji suaminya hanya manpu setakat membayar hutang piutang yang ada.Pada suatu pagi hari suaminya bangun seperti biasa untuk ke tempat kerja.dia terkejut kerana sarapan pagi tidak disediakan seperti biasa.
Suami:Kenapa sarapan x ada lagi ni yang.Abg dah lapar ni macan mana nak g keje perut kosong.
Isteri :Makanan kita semuanya dah abis bang?Dah takde ape pon nak dimakan lagi bang.
Suami:Takpe la yang,nanti awak tryla g pinjam beras kat jiran sebelah ye,moga2 dia bagi kita pinjam dulu.
Dengan itu,si isteri tadi menghadiahkan ciuman di pipi suaminya dengan harapan suaminya mendapat tenaga untuk bekerja sementara menunggu makan tengahari ni.
Pada tengaharinya suaminya pon pulang dengan harapan untuk makan tengahari bersama isterinya.Alangkahnya terkejutnya makanan yang diharapkan xada diatas meje makan.Suaminya pon bertanya.
Suami:Yang mana makanan kita?Abg dah x tahan lagi ni?Dah lapar sangat ni dari pagi x menjamah makanan?
Isteri :Abg jiran sebelah x bagi pinjam berasla.macamnila bang abang pegila keje dulu,nanti ayang akan sediakan masakan malam untuk abang.
Suaminya berasa amat kecewa sekali kerana disangkakan dapatla dia makan tengahari ,tapi hancur ,selepas itu si isteri menghadiahkan lagi ciuman tapi ciuman dimulut.Semoga ciuman dimulut ini dapat lagi menambah kekuatan utk abang sampai balik makan malam nanti.Tibanya si suami dirumah dengan penuh semangat untuk menjamah masakan isterinya namun dia terkejut dgn tindakan isterinya.Dia tengok dimeja makan, takda pon makanan disediakan namun dia pelik melihat isterinya sedang naik tangga lepastu dia gelongsor dari atas ke bawah.Isterinya naik tangga lagi dan gelongsor ke bawah dan mengulanginya berulang kali.Sehinggalah si suami tegurkan isterinya itu.
suami:Awat hang ni,buang tabiat ka?Aku suruh ko masak bukan gelongsor macam budak2.Abg tahulah dulu kecik2 suka nanti papan lunsur,tapi abg suruh ayang masak.Mana dia?abag dah lapar sangat ni.Si isteri pon cakap
Isteri :Abang ni x nampak ka ayang tengah buat apa ni?Ayangkan sedang MEMANASKAN MASAKAN MALAM untuk abangLA ni.

Wednesday, November 19, 2008

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis akan mengenakan 'saman olok-olok' terhadap penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar mulai 16 hingga 31 Disember ini.
Saman tersebut merupakan sebahagian daripada latihan untuk mengingatkan dan mendidik penumpang-penumpang di tempat duduk belakang supaya memakai tali pinggang keledar kerana peraturan itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, latihan saman atau 'mock enforcement' itu menyerupai saman sebenar yang bakal dikenakan apabila tarikh penguatkuasaan peraturan itu bermula.
"Penumpang belakang yang menerima saman itu dalam tempoh berkenaan tidak perlu membayarnya kerana ia adalah latihan sahaja," katanya pada kempen keselamatan jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi di sini, semalam.
Kempen itu adalah anjuran UMW Toyota Motor's Traffic Heroes Club (THC), iaitu kelab dalam talian pertama di Malaysia, membabitkan penyertaan 45 pelajar sekolah rendah untuk mengedarkan pengikat kepala bertulis 'Pasang Tali Pinggang Keledar Anda'.
Bagaimanapun tegas beliau, mana-mana penumpang tempat duduk belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar mulai 1 Januari ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM200.
Suret menambah, peraturan baru itu bagaimanapun tidak dikuatkuasakan kepada kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995 dan kenderaan komersial termasuk teksi, kereta sewa, lori dan bas.
"Bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik diberi tempoh selama tiga tahun untuk memasangnya."Sehingga tempoh itu, kenderaan tersebut tidak akan disaman," tambahnya.

Tuesday, November 18, 2008

Episod 3 Citer Lama Gue


Assalamualaikum tuan2,puan2,cik adek2 dan abang2 ku sekalian.Alhamdulillah kita bertemu lagi,hari ini gue banyak sonang hatila.Tapi pagi-pagi gue punya incharge sudah hingaq.Dia duk rasa dia bagus sangat.Biasala manusia tak pernah puas ape yang dilakukan selagi tak dapat ape yang dia mahukan kat dunia ni.Episod lalu gue citer tentang gue duk layan lap kat kampung gajah,hari ni gua nak kongsi pengalaman gue traning di Litar lumba di Pasir Gudang Johor.Peh... pertama kali gue turun lap kat dalam Litar lumba,rase macam jokey motor GP plak..Mula2 gue layan corner gayat jugak tapi lama kelamaan jadi best giler.mane taknye bila kat trex kecil kita tak banyak gunakan fizikal dan mental cuma banyakkan teknikal,tetapi apabila berlumba diatas litar sebenar fizikal,fokus dan mental kita perlu memainkan peranan yang berat.Adakalanya gue jatuh sewaktu ridding disebabkan tidak fokus pada setiap lap.Jadi ingat bila tengah berlumba kenalah tumpu perhatian pada setiap selekoh,jangan plak dok ingat nak makan roti canai ka awek ka tak kira apa pon la sewaktu berlumba.Jadi kepuasan berlumba di trex biasa dengan di litar lumba sebenar sungguh berbeza.Di litar lumba sebenar rasa puas sekali apabila tengah turun corner.gue punya tayar layan sliding je.Pehh memang bestla,x caya korang tryla....Disitu korang bleh dapat rasa kelainan pada diri daripada trex yang perlukan teknikal yang banyak.(Trex kecil).Itulah pengalaman gue waktu di litar pasir gudang.Kenangan yang x dapat gue lupakan sampai bila2.

Friday, November 14, 2008

plastik

Bermulanya cerita ni...Pada suatu hari,ibu kepada Siti menanyakan soalan kepadanya untuk bakal calon menantu yang di idam2kan oleh ibu siti.Ibunya mengidamkan calon menantu yang menpunyai 3 ciri yang dia hendaki...

Ibu Siti: Aiii!!!Siti ibu tengok kamu ni makin lama makin berisi ja.Senang hati sangat ka?
Siti : Takda la ibu,biasa je siti hari2 happy good lucky.Awat ibu tanya mcmtu,ada yang tak kena ka ngan saya.Lain macam ja.
Ibu Siti:Amboi lain yang kita tanya lain yang dia jawab.Ni ha ibu nak tanya dah dapat ka calon yang ibu nak tu.
Siti :Calon apa plak ni ibu?
Ibu siti:Calon menantu la....Tapi ingat Siti!Calonnya mestilah ada 3 ciri yang ibu nak ni.
Siti :Apa plak ni Bu?Apa ciri yang ibu nak tu?
Ibu Siti:Yang pertama lelaki tu mestilah seorang yang penyayang,pencinta wanita dan saling sayang menyayang pada kamu.Kedua lelaki itu hendaklah seorang yang murah hati dan tak kedekut pada kamu dan yang ketiga pokoknya mestilah semuanya baik.ok.
Siti :Ala ibu ni,lelaki yang ibu cari tu Siti dah jumpala....lelaki yang siti kenal ni semuanya menpunyai ciri2 yang ibu nak tu.Dia telah buktikan pon pada Siti Bu.Dia memang seorang yang penyayang sebab hari2 dia peluk dan cium Siti.Dia pon seorang yang pemurah sebab selalu belanja saya makan dan sewakan hotel dan pokoknya ibu, plastik pon tak koyak lagi.
Kesudahan akhirnya lu pikiaqla tengok.

Monday, August 25, 2008

Episod 2:Citer lame gue


Alhamdulillah...kita bertemu lagi di episod ini.Kali ini gue nak citer...satu pagi sampaila ke petang gue ngan pomen gue turun trex di kampung Gajah untuk traning lap.Inilah kali pertama gue traning dalam trex,selalunya jalan raya adalah tempat gue lepaskan geram sambil traning corner.Kali ini gue ajak pomen gue setting motor di trex.Apabila sampai hati gue rasa gentar(goyang jugak) 1st time untuk try di atas trex lumba.Setelah mengenakan baju trex yang serba lusuh pomen gue plak sedang mehangatkan jentera yang akan beraksi nanti.Pomen gue pon cuak jugak takutla motor ada masalah waktu gue tgh riding, sebab setting di trex jauh bezanya bila di luar trex.Setelah semuanya telah selesai gue terus panjat jentera Honda gue untuk warming lap dalam 5 pusingan.Warming lap ni adalah untuk kita MENGENALPASTI selekoh2 tajam dan cara pengbuangan gear yang betul pada setiap selekoh.Wa cayala beb.. pada diri gue, sebab berlumba didalam trex lagi NIKMAT yang tak terkata dari jalan raya iaitu jalan mencari maut.Gue rasa selamat dan tiada ganguan dari segi kemalangan melibatkan kereta atau mana2 kenderaan pon.Di situ gue dapat pecapaian yang memberangsangkan apabila time yang diambil sangat kosisten sekali.Masatu pomen gue berasa bangga sekali pada gue kerana gue dapat banyak esentif dari traning di trex kg gajah itu.Satu hari suntuk,kami di trex dan jam menunjukan pukul 5,tokey trex yang dikenali sebagai YOB doriyan telah memberitahu masanya..Ini menandakan tempoh sewaan trex dah tamat.Aritu adalah hari yang paling stim gue dapat rasakan.Nak tau citer selanjutnya........tunggu di episod akan datang diwaktu yang tak sama dan dihari yang lain...jumpa lagi.
Bersambung.......

Sunday, August 24, 2008

Episod 1:Citer lame gue


Inilah indentiti gue dulu.Sebelum gue jinak dalam arena sukan bermotor gue adalah raja pecut di atas jalan raya.Bukanlah Mat Rempit tapi gue gunakan jalan raya untuk gue traning lap.Biasala....baget nak traning dalam trek perlukan modal jadi gue memilih jalan raya sebagai ihlam untuk belajar conering.Untuk kecimbung lebih dalam lagi dalam bidang cup prix kita perlulah bersedia dalam semua aspek.Contohnya kita perlu menpunyai stamina,ketahanan mental dan fizikal yang kuat.Disamping itu,bagi gue,gue perlukan duit yang banyak sebab gue tidak menpunyai sponser macam harian Maju Motor,Ah Hong Motor,KF motor dan sponser2 gergasi yang lain.Rider sponser tidak memikirkan tentang modal,motor dan penginapan.Yang mereka perlu ingat adalah untuk menang dan cara riding pada setiap trex.gue plak banyak yang nak pikiaq,duitla,tempat penginapan la,setting motorla,tambang perjalanan la dan macam2 lagi yang mengenai modal.Semua modal sendiri beb..Nasibla waktu tu gue keje disalah sebuah syarikat swasta di Kelana Jaya.Sedikit sebanyak dapat menampung modal gue.Waktu tu gaji adala dalam RM2.300 sebulan termasuk ot.Dapat gaji terus salur pada motor gue.
Bersambung...............

Tali pinggang belakang percuma tahun depan


Kira-kira 479,000 kereta yang didaftarkan sebelum 1995 dijangka mendapat pemasangan percuma tali pinggang keledar tempat duduk belakang bermula awal tahun depan sehingga pertengahan 2010, di bawah program penajaan yang dimulakan oleh kerajaan.
Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat berkata, setiap pemasangan membabitkan kos purata sehingga RM80 dan kos purata untuk satu set tiga tali pinggang keledar tempat duduk belakang ialah RM100, bagaimanapun kos keseluruhan akan ditanggung oleh pengeluar atau menerusi tajaan oleh warga korporat.
Pemilik kereta hanya perlu membawa kereta mereka ke bengkel terpilih yang dilantik oleh pengeluar untuk memasangnya.
Tee Keat berkata, kira-kira 476,000 kenderaan yang dikeluarkan sebelum 1995 akan terbabit dalam usaha berkenaan, iaitu Perodua Kelisa (28,000), Perodua Kancil (141,000), Perodua Kenari (33,000) dan Proton Iswara/Saga/Gen 2 (150,000), Naza (30,000) dan jenis lain (20,000).
"Berapakah tajaan yang kami peroleh sehingga kini untuk program itu? Kami akan beritahu apabila kami umumkan rakan kerja kami dan apabila kami memeterai MoU berasingan dengan mereka," katanya di sini.
Tee Keat berkata, pemilik kereta boleh memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma dengan pengeluar asal di bengkel terpilih dan pengeluar terbabit dijangka mengumumkan pelan tindakan mereka tidak lama lagi.

Monday, August 18, 2008

Ubat untuk pemandu bermasalah

Semalam gue lepak minum sama gue punya big bos.Sedang kami asyik menjamah selera big bos gue memperkenalkan satu produk yang sempoi punya.......Big Bos gue order 2gelas air panas dan terus big bos gue keluarkan 2 peket yang mengandungi serbuk.Macam 3 in 1 la yang ada tongkat Ali,makjun dan sebagainya lah.Lepastu big bos gue bagi gue try satu peket terus tuang dalam cawan yang mengandungi serbuk tadi.Gue try minum pehhhh rasa tawau tak sedap langsung,biasale itu yang dikatakan ubat.Setelah sejam lepak minum kami pon beransur pulang balik ke tempat penginapan.Gue hantar big bos balik dlu dan gue ke bilik operasi utk mengambil petugas laporan dengan menaiki gue punya kete pejabat.Selepas setengah jam berlalu gue rasa gue punya barang tegak,mungkin serbuk yang bos gue bagi sedang berfungsi.Hehehe.Di sini gue nak bagitau sama korang ubat yang maksudkan tu adalah sejenis biji yakni biji guarana.Ia bagus untuk menguatkan tenaga batin lelaki.Gue taknak cite panjang..kalau korang minat boleh contact gue.Belum cuba belum tau dah cuba baru tau.

Wednesday, July 30, 2008

Intro


aku adalah raja pecut negara, ini merupakan mesin rempitan yang digunakan untuk membawa warga opisku! Sejarah pecutku terhebat ialah pada tahun 2006 - 2 saman speed trap dalam masa 2 jam dari gombak ke taiping..siapa hebat..? aku ke..trafik pdrm..? Yang paling best boss aku tak tau tapi kena `sumbu' dalam meeting big-bgi boss! Huh lepas tu aku lak kena sungket ngan boss aku..tapi aku tangkap sempoi je...line clear bro! PECUT TETAP PECUT! PECUT JANGAN KECUT..KALAU KECUT LEBIH BAIK JANGAN IKUT..