Thursday, April 16, 2009

rempitan:Litar Losail Qatar milik Casey Stoner


Penunggang Ducati Alice Casey Stoner telah membuktikan kemenangan milik beliau di litar Losail Qatar.Bagaimanapun Juara Dunia tahun 2008 Valentino Rossi penunggang Fiat Yamaha menduduki podium di tempat kedua.Bagi Rossi dia berpuas hati dengan percapaiannya di litar Losail ini.Lorenzo pula berpuas hati dengan percapaian di tangga ke tiga di belakang satu pasukannya Rossi.Pada permulaan perlumbaan Stoner telah mendapat holeshot selaku pendahului,di belakang stoner adalah penunggang dari pasukan Suzuki Loris Caporossi,walau bagaimanapun Loris hanya dapat bertahan sehingga Lap yang ke 6 apabila beliau terlibat dengan kemalangan di satu selekoh.Rossi pula berada dalam kelompok kedua di belakang Lorenzo dan memintas Lorenzo dan Loris di lap yang ke 5.
Pada masa itu Gap masa Rossi dengan Stoner di lap pertama adalah 2.922 saat.Seterusnya Rossi mencuba mengejar Stoner untuk merapatkan Gap cuma Rossi berjaya di lap ke 8 apabila masa gap tinggal 1.988saat di belakang stoner.Rossi terus mengejar Stoner tetapi lap seterusnya Rossi terus ketinggalan.Kemungkinan Rossi tidak dapat mengejar Stoner disebabkan kelajuan Ducati mendapat pencapaian sehingga 335 km sejam di laluan lurus,faktor tayar juga menjadi punca Rossi kerana pada awal perlumbaan beliau telah memerah jenteranya untuk mengejar stoner dan faktor jalan yang sedikit lembab kerana berlumba di waktu malam.Bagi Rossi dia berasa bangga dengan pecapaiannya,cuma selepas ini dia akan berusaha untuk mencari kemenangan di tempat pertama di litar seterusnya dan dia akan bekerja keras lagi untuk menjadi Juara Dunia MotoGp 2009 tahun ini.Stoner pula juga akan pastikan dia akan menjadi Juara Moto Gp tahun ini.Dua pelumba hebat Rossi dan Stoner akan menjadi pesaing yang di geruni dan akan menjadi idola pada setiap peminat MotoGp.

Friday, April 3, 2009

REMPITAN:Hamilton kecewa di Australia Grand Prix


Keputusan terbaru Pasukan McLaren Mercedes dari Steward Formula One telah mendukakan hati pemandu no 1 dunia Formula One Hamilton.Keputusan telah di buat oleh Steward perlumbaan telah mendapati Hamilton yang bersalah dan di kenakan tindakan seperti mana sebelum ini pasukan dari Toyota Truli yang di dapati melakukanya.Truli telah mendapat kedudukan podium di tempat ketiga dan hamilton di tempat ke empat.Steward perlumbaan telah mengenakan penalti 25 saat kepada Truli dan Hamilton terus di nobatkan sebagai pemenang ke tempat yang ketiga.Akan tetapi setelah di siasat oleh Steward perlumbaan , Hamilton telah di dapati bersalah dalam perlumbaan Formula One di Australia.Hamilton terasa kecewa dengan keputusan yang dibuat walau bagaimanapun pasukan Mclaren tetap akan menyokong pemandu kesayangannya itu.Pasukannya akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh Steward perlumbaan Formula One.Halmiton berkata selepas ini saya tak akan ulanginya lagi dan akan memastikan pasukan McLaren Mercedes akan menjadi juara untuk tahun 2009.










Nasir berasa bangga menjadi pemandu peribadi Pak Lah



Nasir adalah pemandu peribadi bagi Perdana Menteri Malaysia.Dia yang berasal dari Kuala Lumpur ingin berkongsi pengalaman beliau sewaktu bersama Pak Lah.Sungguh banyak sekali pengalaman dia bersama Pak Lah dan merasakan dirinya begitu bangga menpunyai Big Bos yang baik.Menurut Naser Paklah adalah seorang yang perihatin terhadap pekerjanya,malah beliau selalu membuat Nasir sebagai kawan dalam menjalankan tugas rasmi.Bagi Nasir kenangan pahit dan manis bersama Paklah akan tersemat di hatinya.
Kenangan yang paling manis Nasir bersama Pak Lah adalah pada satu hari Pak Lah tidak suruh Nasir membawanya sebaliknya Pak Lah memandu sendiri keretanya dan Pak Lah menceritakan betapa seronoknya bila dah pegang stering.Dah lama sebenarnya beliau tak memandu sendiri.Kenangan pahit pula Nasir pernah bangun lewat untuk mengambil Pak Lah.Nasir berasa sungguh bersalah dan takut di marahi Pak lah sebab pagi harinya ada mesyuarat tetapi Pak Lah tidak memarahi Nasir Cuma beliau menasihati Nasir supaya mengunci jam loceng.

Thursday, April 2, 2009

Raksasa atau ?


Menurut seorang pakar penyelidikkan,Jeff Corwin binatang ini di namakan Montauk Monster, tetapi haiwan ini masih dalam penyelidikan mengenal pasti dari mana asal usulnya.Apabila melihat dari sudut angota badannya dia menpunyai jari seperti manusia,muka pula macam dinosur Tyrannosaurus rex iaitu dinosur yang paling ganas dan badan ada sedikit bulu.Memang aneh binatang ini, ia masih lagi dalam penyelidikan dan kita tunggu keputusannya nanti.