Saturday, April 10, 2010

The Best Tomyam in Hulu Selangor.


Suasana malam di Kuala Kubu Bharu nampaknya dah semakin rancak. Banyak kereta ke hulu ke hilir entah ke mana pergi di jalan raya. Dari tol Duta keluar persimpangan Tanjung Malim hanya mengambil masa 1 jam perjalanan untuk sampai ke kuala Kubu Bharu. Dari persimpangan Tanjung Malim singgah sebentar untuk makan malam di Kalompang. Di situ terdapat satu kedai Tomyam Seafood(Ketam bunga saiz xxx,udang galah saiz M dan sotong yang terbaik pernah saya makan. Betul-betul depan stesyen Shell. Tokey kedai yang begitu ramah membuatkan saya akan kembali makan di situ. Selesai makan datang lelaki pemilik kedai Tomyam dengan selambanya duduk di sebelah saya sambil hisap rokok Suria.

Permulaan yang baik Tokey telah menceritakan tentang kedainya. Pernah beberapa kali kedainya di kacau oleh konco2 MPHS dan pernah di saman disebabkan membina pagar konkrit di tepi longkang depan kedainya. Dia buat pagar tu disebabkan pernah sekali seorang budak lelaki jatuh kedalam longkang tersebut. Sepatutnya MDHS berterima kasih pada Tokey tersebut kerana buat pagar tersebut tetapi mahu menyamannya lagi malah ingin meruntuhkan pagar tersebut. Dah tak dak duit ke kerajaan Selangor ni.?Bai..longkang tu sedalam 5 kaki sepatutnya majlis hulu selangor tutup atas longkang tersebut bagi mengelak kejadian yang tak di ingini berlaku. Ini tak, keje nak saman ja. Yang bestnye tokey Tomyam tegas orangnya,takut gak konco2 ni nak buang pagar kedai tokey tomyam tu. Mdhs jangan la macam tu, kalau boleh kita bawa berbincang...bincang2lah dulu. Tiada perkara yang tak boleh selesai la beb.

Citer tokey tu tentang MDHS membuatkan saya terfikir perihal puak-puak kerajaan pembangkang ni.. Depa wat kerja takder prosedur, tak ikut peraturan, takdak pertimbangan & tidak bertolak ansur. Depa dok jerit nak tolong rakyat, Kerajaan Rakyat..tapi dok henjut rakyat marhein jer... Puak-puak EXCO dok balas projek siang malam satu negeri. Dari negeri maju dah jadi negeri zalim...

No comments: